SUBANG, 18 June 21-The C-130H transport aircraft from the Royal Malaysian Air Force No. 20 Squadron, Subang Air Base today was arranged to deliver food supply kit to the Federal Territory of Labuan. The food supply kit assistance is from the Ministry of Federal Territories Malaysia (KWPM) to be distributed to the residents of the Federal Territory of Labuan for the affected areas placed under the Controlled Movement Control Order (CMCO) from 15 June 2021 following the sharp increase in Covid-19 infections.
Among the items brought in this flight are basic necessities such as rice packs, sugar, wheat flour and cooking oil packs with an estimated total weight of 4 tons.
The process of uploading this item started at 5.00 am and took approximately 1 hour 30 minutes. This process was done by RMAF personnel from the Air Movement Branch, Subang Air Base in collaboration with the C-130H aircraft loadmaster.
The aircraft, operated by Maj Aiman bin Mohd Akbar RMAF as the pilot and assisted by co-pilot Capt Mohd Fuad bin Mohd Nazir RMAF departed at 7.00 am from Subang Air Base. Also involved were flight engineers, Maj Nik Hasri bin Nik Leh RMAF, aircraft pilot, Capt Mohd Firdaus bin Zaini RMAF, three (3) loadmasters namely PW U II Jonas Gama, Sjn U Jaurey bin Martin, Sjn U Zamzuri bin Mat Jusoh and a stewardess Sjn U (W) Maneesha a/l Nehru Raju.
Upon landing at Labuan air base at 11.20 am, donation items with the help of loadmaster and RMAF personnel from the Labuan Air Movement Branch carried out the transfer of the donated items to be handed over by the Labuan Corporation and the Labuan WP Social Welfare Department for distribution to the community that were identified.
The RMAF is always committed and ready in carrying out the duties and trusts entrusted to it in order to safeguard the country’s sovereignty as well as carry out delivery duties in the mission of channeling aid for the well-being of the people and the country.
The highest appreciation is expressed to all the crew of No. 20 Squadrons, members of the Air Movement Branch, Subang Air Base and Labuan Air Base as well as all parties who succeeded and launched the process of sending the food supplies.
TUDM JAYAKAN MISI PENGHANTARAN BANTUAN KIT MAKANAN BAGI KEGUNAAN KAWASAN TERJEJAS DI BAWAH PKPD DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
SUBANG, 18 Jun 21 – Pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu pesawat angkut C-130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang hari ini telah diatur gerak ke Wilayah Persekutuan Labuan, dalam penghantaran bantuan kit makanan. Bantuan kit makanan adalah daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia (KWPM) untuk diagihkan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan bagi kawasan terjejas yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 15 Jun 2021 berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang mendadak.
Antara barangan yang dibawa dalam penerbangan ini adalah barangan keperluan asas iaitu pek beras, gula , tepung gandum dan pek minyak masak dengan anggaran berat keseluruhan yang diterbangkan oleh pesawat TUDM hari ini adalah 4 tan.
Proses memuatnaik barangan ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Proses ini telah dilakukan oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dengan kerja sama loadmaster pesawat C-130H.
Pesawat yang dikendalikan oleh Mej Aiman bin Mohd Akbar TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapt Mohd Fuad bin Mohd Nazir TUDM selaku pembantu juruterbang telah selamat berlepas pada jam 7.00 pagi dari Pangkalan Udara Subang. Turut telibat adalah jurutera penerbangan, Mej Nik Hasri bin Nik Leh TUDM, jurumalim pesawat, Kapt Mohd Firdaus bin Zaini TUDM, tiga (3) orang loadmaster iaitu PW U II Jonas Gama, Sjn U Jaurey bin Martin, Sjn U Zamzuri bin Mat Jusoh serta seorang pramugari Sjn U (W) Maneesha a/l Nehru Raju .
Sebaik mendarat di PU Labuan pada jam 11.20 pagi, barangan sumbangan dengan bantuan loadmaster serta anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara PU Labuan telah melaksanakan kerja-kerja pemindahan barangan sumbangan untuk diserahkan oleh kepada Perbadanan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat W.P Labuan bagi tujuan agihan kepada komuniti yang telah dikenalpasti.
TUDM sentiasa komited dan bersiapsiaga dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi menjaga kedaulatan negara disamping menjalankan tugas-tugas penghantaran dalam misi menyalurkan bantuan bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada semua anak kapal No. 20 Skuadron, anggota Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Labuan serta semua pihak yang menjayakan dan melancarkan proses penghantaran kit makanan tersebut.