GEMAS, 20 June 2022 – The Chief of Army (COA) General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain attended the 2022 Firing Power Training (LKT) rehearsal at the Asahan Target Range, Syed Sirajuddin Camp, Gemas, Negeri Sembilan today.

Today’s rehearsal is as a final preparation before the actual event which will be held on 21 June 2022. Among the combat assets of the Malaysian Army involved in this year’s LKT are PENDEKAR, AV8 GEMPITA, ACV 300 ADNAN, and LIPAN BARA.

Every year, the Asahan Target Range will be shaken by gunfire and bombs and covered with plumes of smoke. The situation at the target field is like being on the battlefield. The spectators present will be mesmerized by the greatness of the combat assets of the Malaysian Army.

This LKT is also a demonstration of the capabilities of assets involving live ammunition. Therefore, all safety procedures while operating all these weapon systems must be fully complied with.

The organization of such activities is in line with the First Pillar of the 28th COA Superior Order, “Mission Continuity and Vigilance”, which emphasizes on the operational aspect to mobilize at any time.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakPertama


PERSIAPAN AKHIR LATIHAN KUASA TEMBAKAN 2022

GEMAS, 20 Jun 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri raptai Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan pada hari ini.

Raptai pada hari ini adalah sebagai persiapan akhir sebelum acara sebenar yang akan dilaksanakan pada 21 Jun 2022. Antara aset tempur Tentera Darat Malaysia yang terlibat dalam LKT tahun ini ialah PENDEKAR, AV8 GEMPITA, ACV 300 ADNAN, dan LIPAN BARA.

Saban tahun, Lapang Sasar Asahan pasti akan digegarkan dengan dentuman tembakan dan bom serta diliputi dengan kepulan asap. Keadaan di lapang sasar seumpama berada di medan perang. Para penonton yang hadir akan dipukau dengan kehebatan aset tempur Tentera Darat Malaysia.

LKT ini juga merupakan satu demonstrasi keupayaan aset yang melibatkan peluru hidup. Oleh itu, segala prosedur keselamatan semasa mengendalikan semua sistem persenjataan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Penganjuran aktiviti sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelansungan Misi dan Kesiagaan”, yang menekankan kepada aspek pengoperasian untuk aturgerak pada sebilang masa.

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version