The Royal Malaysian Air Force (RMAF) together with the Indonesian National Army – Air Force (TNI-AU) have carried out a joint patrol in Operation PATKOR MALINDO 1/2022. The operation was carried out in the Malacca Straits area starting from 18 to 19 July 2022.

This operation involving the air force can increase the level of operational readiness and overall cooperation between the two countries of Malaysia and Indonesia, especially in maintaining the security of the airspace from any invasion. This two-day joint patrol operation directly also strengthened bilateral diplomatic relations and military diplomacy.

The Air Operations Command Headquarters (MPOU) acts as a joint patrol (PATKOR) coordinator in collaboration with the TNI-AU. RMAF is represented by No 15 Sqn, CRC1 Kuantan. TNI-AU was represented by F16 aircraft that flew from Roesmin Nurjadin Air Base, Pekan Baru and KOSEK HANUDNAS I Medan.

#KuasaUdaraPerisaiKedudalatanNegara
#TUDM
#TNI-AU
#OperasiRondaanBersama
#Professional


OPERASI RONDAAN BERSAMA (PATKOR MALINDO) SIRI 1/2022 ERATKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DUA HALA DAN DIPLOMASI KETENTERAAN MALAYSIA-INDONESIA

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan bersama dalam Operasi PATKOR MALINDO. Operasi tersebut telah dilaksanakan di kawasan Selat Melaka bermula pada 18 hingga 19 Julai 2022.

Operasi melibatkan angkatan udara ini sesungguhnya dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi dan kerjasama menyeluruh di antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam menjaga keselamatan ruang udara dari sebarang pencerobohan. Operasi rondaan bersama selama dua hari ini secara langsung juga mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.

Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) bertindak sebagai penyelaras rondaan bersama (PATKOR) dengan kerjasama pihak TNI-AU. TUDM diwakili oleh No 15 Skn, CRC1 Kuantan. TNI-AU pula diwakili oleh pesawat F16 yang membuat penerbangan dari Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Pekan Baru dan KOSEK HANUDNAS I Medan.

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version