KUANTAN 26 Jul 2022: The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah on Tuesday graced the opening and naming ceremony of Al-Sultan Abdullah Camp of the Joint Forces Headquarters (JF HQ) at Jalan Panching, here.

Also present at the ceremony was the Regent of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pahang Mentri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Chief of Defence Force General Tan Sri Affendi Buang, Army Chief General Tan Sri Zamrose Mohd Zain and Defence Ministry secretary-general Datuk Seri Muez Abd Aziz were also in attendance.

His Majesty received a royal salute upon his arrival before inspecting the main guard-of-honour mounted by four officers and 103 personnel from the First Battalion of the Royal Malay Regiment, led by Major Mohd Noorazmin Abd Rahim.

This was then followed by a launching gimmick featuring assets of the three branches of the Malaysian Armed Forces (MAF) and fast roping action conducted by personnel of the MAF Special forces.

His Majesty then was given a briefing on the role and function of JF HQ at the Joint Operations Centre and interacted with MAF officers and personnel who are carrying out Op Pasir in Sabah and participating in a United Nation’s mission via video conferencing.

Named after His Majesty, the idea to build the Al-Sultan Abdullah camp was mooted in 2007 and Jalan Panching was selected as the location following the existence of Army, Royal Malaysian Navy and Royal Malaysian Air Force camps and bases in Kuantan that are able to support the operation of JF HQ.


MAJLIS PERASMIAN KEM AL-SULTAN ABDULLAH MARKAS ANGKATAN BERSAMA

KUANTAN, 26 Julai 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada hari ini telah berkenan bercemar duli serta berangkat ke Majlis Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama (MK AB) di Jalan Sg. Panching, Kuantan, Pahang hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut adalah KDYMM Pemangku Sultan Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain daripada itu, tetamu kenamaan negeri yang turut hadir adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, wakil Panglima Tentera Laut dan wakil Panglima Tentera Udara.

KDYMM Seri Paduka Baginda telah menerima Tabik Hormat Diraja dan berkenan untuk memeriksa Kawalan Kehormat Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 4 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mejar Mohd Noorazmin bin Abd Rahim.

Gimik pelancaran menyaksikan persembahan gabungan aset dan aksi penerjunan anggota pasukan khas daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang sinonim dengan MK AB yang menaungi ketiga-tiga cabang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kem Al-Sultan Abdullah ini telah siap sepenuhnya pada 25 April 2019 dan telah diserahkan kepada MK AB pada 11 Jun 2019 serta menempatkan lebih 300 pegawai dan anggota LLP dari kesemua cabang perkhidmatan.

MK AB diwujudkan untuk mengendalikan tugas berdasarkan kepada konsep penugasan bersama yang bersifat tiga khidmat di dalam ATM dan juga berperanan menyelaraskan keperluan ATM di dalam operasi dan misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

TenteraDaratMalaysia
GagahSetia
AngkatanTenteraMalaysia
BerjuangBersama

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version