You are here
Home > Parade & Ceremony > Restructuring of Border Regiment Battalion to Standard Infantry Battalion

Restructuring of Border Regiment Battalion to Standard Infantry Battalion

PERLIS, 11 August 2022 – The Parade of the Declaration of the restructuring of the Border Regiment Battalion (BRB) to the Standard Infantry Battalion and the Application of Rank of Other Ranks of the Border Regiment was completed by the Chief of Army (COA), General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain who was present with his wife Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha which was held at Padang Wawad, Headquarters 30 Brigade this morning.

This parade event is a historic event for Border Regiment in the reorganization of the Border Regiment Battalion into a Standard Infantry Battalion involving a total of 21 Officers and 706 Other Ranks led by the Commanding Officer of the First Battalion of the Border Regiment , Lieutenant Colonel Mohd Asrul bin Mohd Sadari.

The restructuring of the BRB is to produce a capability capable of fully operating and carrying out various exercises similar to the Infantry Battalion of the Royal Malay Regiment (RMR) and the Royal Ranger Regiment (RRR).

The Border Regiment was established on 12 January 2008 to replace the 300 Series Infantry Battalion of the Territorial Army which was previously tasked with guarding the border route. Thus the restructuring is in line with efforts to remember the services and sacrifices of the members of the 300 Series Infantry Battalion of Territorial Army who steadfastly preserve the sovereignty and independence of the country.

The Border Regiment is the third most senior of the sixteen Corps/Regiments in the Army and is one of the infantry corps in the combat element category.

In conjunction with this historic event, a Rank Application Ceremony was also held involving a total of 611 Border Regiment Other Ranks.

In terms of development infrastructure, the Army will upgrade the Border Regiment camp according to the specifications as a standard Infantry Battalion where the provision of training infrastructure and family houses will be built from time to time according to the plan. It is also to determine that the training can be carried out effectively and can take care of the welfare of Border Regiment members, especially the Army in general.

Tan Sri COA expressed his deepest appreciation to all Border Regiment personnel who have shown high commitment throughout the 14 years of its establishment, including expressing appreciation to the chairmen and former chairmen of Border Regiment who worked tirelessly to ensure that it was on par with other infantry corps.

Also present at this event were the Deputy Chief of Army, Lieutenant General Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman and his wife, Datin Seri Ramlah binti Dawi, Commander of the Army’s Western Field, Lieutenant General Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Commander of the Army’s Eastern Field Command, Lieutenant General Datuk Mardzuki bin Muhammad and his wife, Datin Sdafra’ binti Haji Ahmad, Commander of the Second Malaysian Infantry Division, Major General Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri and his wife Datin Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri and Senior Army Officers.

The regimental events carried out are in line with the Second Pillar of the 28th Army Commander’s Prime Command, “Organizational Integrity” which emphasizes the development of organizations that are in line with the Army’s strategic development plan, Army 4Next G to strengthen the Army’s more competent and dynamics.


PENGISYTIHARAN BATALION REJIMEN SEMPADAN KEPADA BATALION INFANTRI STANDARD

PERLIS, 11 Ogos 2022 – Perbarisan Pengisytiharan Penstrukturan Batalion Rejimen Sempadan (BRS) kepada Batalion Infantri Standard (BIS) dan Pemakaian Pangkat Perdana Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Sempadan (RS) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain yang hadir bersama isteri Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha yang dilangsungkan di Padang Kawad, Markas 30 Briged pagi tadi.

Acara perbarisan ini merupakan acara bersejarah buat warga Rejimen Sempadan dalam pembentukan semula Batalion Rejimen Sempadan (BRS) kepada Batalion Infantri Standard (BIS) yang melibatkan seramai 21 Pegawai dan 706 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Mohd Asrul bin Mohd Sadari.

Penstrukturan semula BRS ini adalah untuk menghasilkan keupayaan yang mampu beroperasi sepenuhnya dan melaksanakan pelbagai latihan sama seperti Batalion Infantri Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Rejimen Renjer Diraja (RRD).

RS telah ditubuhkan pada 12 Januari 2008 bagi menggantikan Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah yang dahulunya ditugaskan menjaga laluan sempadan. Justeru penstrukturan semula tersebut selari dengan usaha bagi mengenang jasa serta pengorbanan anggota Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah yang cekal memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Rejimen Sempadan berada di kedudukan kekananan ketiga dalam keseluruhan enam belas Kor/Rejimen dalam Tentera Darat dan merupakan salah satu kor infantri dalam kategori elemen tempur.

Bersempena dengan acara bersejarah ini juga turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Perdana yang melibatkan seramai 611 anggota LLP RS.

Dari segi infrastruktur pembangunan, Tentera Darat akan menaiktaraf kem RS mengikut spesifikasi sebagai BIS yang mana penyediaan prasarana latihan dan rumah keluarga akan dibina dari semasa ke semasa mengikut perancangan. Ianya juga bagi menentukan latihan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat menjaga kebajikan anggota RS khasnya Tentera Darat amnya.

Tan Sri PTD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga RS yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang 14 tahun penubuhannya termasuk menzahirkan penghargaan kepada pengerusi dan mantan-mantan pengerusi RS yang bertungkus lumus mengemudi dalam memastikan ia setanding dengan Kor-kor infantri yang lain.

Turut hadir ke acara ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan isteri, Datin Sdafra’ binti Haji Ahmad, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri dan isteri Datin Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Acara-acara rejimental yang dilaksanakan ini selari dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, ” Keutuhan Organisasi” yang menekankan kepada pembangunan organisasi yang sejajar dengan pelan pembangunan strategik Tentera Darat, Army 4Next G bagi mengukuhkan Angkatan Tentera Darat yang lebih kompeten dan dinamik.

TenteraDaratMalaysia

GagahSetia

TonggakKedua

KesejahteraanWargaTD

Top
%d bloggers like this: