BUTTERWORTH, 8 July 2024 – The Chief of Air Force, General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, officiated the send-off ceremony for the Royal Malaysian Air Force (RMAF) contingent to Ex PITCH BLACK 2024 in Australia at Butterworth Air Base today.

PITCH BLACK is a major biennial air combat exercise hosted by Australia involving multiple nations. The exercise will take place from 12 July to 2 August 2024, centrally operated from Royal Australian Air Force bases in Darwin, Tindal, and Amberley.

RMAF has participated in this exercise three times previously, in 2008, 2018, and 2022. However, in 2022, participation was limited to personnel without any assets. This year marks RMAF’s fourth participation, involving 37 officers and 66 enlisted personnel, three F/A-18D Hornet fighter jets, and an A400M transport aircraft.

The RMAF contingent is led by Colonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid RMAF as the Head of Delegation.This year’s edition is the largest in its 43-year history, featuring participation from 20 countries with 140 aircraft of various types and approximately 4,435 personnel.

Countries participating in Pitch Black 2024 include the United States, France, Germany, Spain, Italy, Canada, New Zealand, Fiji, South Korea, Japan, Singapore, the Philippines, India, Thailand, Indonesia, Brunei, and several others.

Ex PITCH BLACK 2024 will cover a full spectrum of training exercises featuring realistic and simulated threats encountered in modern combat environments.

During the exercise, RMAF will engage in the Force Integration Phase, including Basic Fighter Maneuvers (BFM), Air Combat Tactic (Beyond Visual Range combat training), Large Force Employment Phase (integrating all fighter assets, Multi Role Transport Tanker, and Command and Control (C2) for Integrated Air Operations), and Air to Air Refueling.

Participation in this large-scale exercise will provide new knowledge for crew and personnel in planning and executing challenging exercises, enhancing RMAF’s operational readiness, interoperability of strategic assets, mastery of air combat tactics, and increasing the capacity and skills of RMAF officers and personnel.

Earlier, the Chief of Air Force also presented Ex PITCH BLACK 2024 patches to the participating officers and personnel and delivered motivational words to them.

The event was also attended by Air Operations Commander, Lt Gen Datuk Mohd Shahada bin Ismail RMAF, and Air Region 1 Commander, Maj Gen Dato’ Mahadzer bin Amin RMAF.


𝐒𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝟑𝟕 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝟔𝟔 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐒𝐀𝐈𝐒 𝐏𝐈𝐓𝐂𝐇 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟒

BUTTERWORTH, 8 Julai 2024 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan acara Send Off Kontijen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Eksesais Pitch Black 2024 di Australia bertempat di Pangkalan Udara Butterworth pada hari ini.

Eksesais Pitch Black merupakan eksesais pertempuran udara utama dan terbesar yang diadakan dua tahun sekali oleh Australia melibatkan pelbagai negara. Eksesais ini akan dilaksanakan bermula pada 12 Julai hingga 2 Ogos 2024 yang dioperasikan secara berpusat di Pangkalan Udara Royal Australia Air Force Darwin, Tindal dan Amberley.

TUDM telah menyertai eksesais ini sebanyak tiga (3) kali bermula pada tahun 2008, 2018 dan 2022. Walau bagaimanapun, pada tahun 2022, ianya hanya melibatkan penyertaan anggota tanpa apa-apa aset. Pada tahun ini merupakan penyertaan TUDM buat kali keempat (4). Penglibatan TUDM bagi eksesais ini terdiri daripada 37 pegawai dan 66 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan tiga (3) buah pesawat tempur F/A-18 D Hornet bersama sebuah pesawat angkut A400M. Kontijen TUDM akan diketuai oleh Kolonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM selaku Ketua Deligasi.

Pada edisi kali ini, eksesais ini akan menjadi penganjuran terbesar sepanjang 43 tahun dilaksanakan dimana akan disertai oleh 20 buah negara melibatkan 140 buah pesawat pelbagai varian dengan kehadiran kira-kira 4,435 orang penyertaan anggota.

Antara negara-negara yang akan menyertai Pitch Black 2024 ialah Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Kanada, New Zealand, Fiji, Korea, Jepun, Singapura, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara.

Pelaksanaan Eksesais Pitch Black ini akan meliputi skala latihan berspektrum penuh yang menampilkan pelbagai ancaman realistik dan simulasi yang boleh ditemui dalam persekitaran ruang pertempuran moden.

Semasa eksesais ini, TUDM akan terlibat dalam latihan Force Integration Phase (Latihan pertempuran udara iaitu Basic Fighter Maneuvers (BFM)), Air Combat Tactic (Latihan pertempuran udara melalui konsep Beyond Visual Range), Large Force Employment Phase (Menggabungkan semua aset pejuang, Multi Role Transport Tanker dan Command and Control (C2) melaksanakan Integrated Air Operation) dan Air to Air Refueling.

Pembabitan TUDM dalam eksesais berskala besar ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baru kepada anak kapal dan krew pesawat yang terlibat dari segi perancangan dan pelaksanaan eksesais yang penuh mencabar.

Dengan penyertaan TUDM dalam eksesais ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan tahap kesiagaan operasi, kebolehkendalian (Interoperability) aset-aset strategik milik TUDM, penguasaan taktik peperangan udara selain meningkatkan kapasiti dan kemahiran pegawai dan anggota TUDM yang terlibat.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan pemakaian ‘patches’ Pitch Black 2024 kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Turut hadir adalah Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM.

#airforce

#royalmalaysianairforce

#pitchblack2024

#PitchBlack

#themightyhornet

#no18skn

#no8skn

#A400M

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version