KUALA LUMPUR, 15th October 2024 – Datuk Lokman Hakim Ali, Secretary General of the Ministry of Defence, made his inaugural visit to the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Headquarters, receiving key briefings on the force’s organization and operations.
Upon arrival, Datuk Lokman was welcomed by Air Force Chief, General Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, along with senior officers. The visit began with a courtesy call to the Air Force Chief, followed by a detailed briefing from Brigadier General Azman Jantan, Deputy Chief of Staff Operations and Strategy.
The briefing outlined the RMAF’s role within the Malaysian Armed Forces, highlighting its alignment with the Defence White Paper and long-term development under the RMAF Capability Development Plan 2055 (CAP55). It also addressed the current challenges in ensuring the force’s relevance as a full-spectrum air defence entity.
Among those present were Lieutenant General Muhamad Norazlan Aris, Deputy Air Force Chief; Lieutenant General Nur Hafis Abdul Karim, Air Education and Training Commander; and Major General Masro Kaliwon, Air Support Commander, alongside other senior officials.
The visit underscored the Defence Ministry’s ongoing commitment to supporting the RMAF and ensuring that it is strategically equipped for future security demands.
𝐊𝐒𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀
KUALA LUMPUR, 15 Okt 24 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menerima taklimat berkenaan organisasi dan pengoperasian TUDM dalam lawatan ulung beliau ke Markas Tentera Udara pada hari ini.
Terdahulu, ketibaan KSU telah disambut oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan barisan Pegawai Kanan TUDM. Kemudiaanya, KSU mengadakan sesi kunjungan hormat kepada PTU sebelum meneruskan acara dengan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Brig Jen Azman bin Jantan TUDM, Timbalan AKS Operasi dan Strategi.
Antara perkara utama yang difokuskan dalam taklimat tersebut adalah menerangkan peranan dan fungsi TUDM sebagai sebuah ketumbukan di dalam Angkatan Tentera Malaysia serta perkembangan terkini hala tuju TUDM di dalam mendukung Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55). Turut dibentangkan adalah cabaran-cabaran semasa TUDM di dalam memastikan TUDM terus kekal relevan sebagai sebuah Angkatan Udara yang berspektrum penuh.
Turut serta semasa sesi taklimat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-Pegawai Kanan TUDM yang lain.