LANGKAWI, 21 May 2025 – His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, today graciously attended the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025, held at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah.
His Majesty’s arrival at 10:15 a.m. was welcomed by Defence Minister YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Chief of Defence Force General Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, and Defence Ministry Secretary-General Datuk Lokman Hakim bin Ali at the MIEC lobby.
During the visit, His Majesty toured several exhibition booths featuring both local and international defence and aerospace exhibitors. Notable among them were displays by SAPURA, Makime Ve Kimya Endüstrisi A. S (MKE) from Türkiye, and the Malaysian Ministry of Defence (MINDEF), which showcased participation from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) and Royal Malaysian Navy (RMN).
His Majesty’s royal presence at LIMA ’25 reflects strong royal support for the advancement of Malaysia’s strategic defence and aerospace industry and highlights His Majesty’s appreciation for the critical roles played by the Malaysian Armed Forces (MAF), and both public and private sectors, in safeguarding national sovereignty and security.
Accompanying His Majesty were His Royal Highnesses Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Temenggong of Johor; Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tunku Panglima of Johor; and Tunku Abu Bakar Al-Haj, Tunku Putera of Johor.
#LIMA2025 #YangDiPertuanAgong #MalaysianDefence #StrategicTechnology #RoyalVisit #ATM #DutyHonourSacrifice #FutureForce
𝗞𝗘 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗘𝗠𝗔𝗥 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗘𝗥𝗢𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗪𝗜 (𝗟𝗜𝗠𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟱
LANGKAWI, 21 Mei 25 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat bercemar duli ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang sedang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah.
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menyambut keberangkatan tiba KDYMM SPB YDP Agong di perkarangan lobi MIEC pada jam 10.15 pagi.
KDYMM SPB YDP Agong seterusnya berkenan untuk meluangkan masa melawat beberapa reruai pameran pempamer tempatan dan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam LIMA ’25. Antara reruai yang mendapat perhatian Baginda termasuklah reruai milik SAPURA, Makime Ve Kimya Endüstrisi A. S (MKE) dari turkiye serta Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang menampilkan penyertaan daripada Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Keberangkatan Baginda di LIMA ’25 merupakan penzahiran sokongan dan keprihatinan KDYMM SPB YDP Agong terhadap kemajuan industri pertahanan dan teknologi strategik negara serta merupakan apresiasi terhadap peranan penting yang digalas oleh ATM, sektor awam dan swasta dalam melindungi dan memelihara kedaulatan serta keselamatan negara.
Turut sama mengiringi keberangkatan KDYMM SPB YDP Agong adalah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda iaitu YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor; dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.