SUBANG, 26 June 2025 – A historic moment unfolded for the Royal Malaysian Air Force (RMAF) today as Lieutenant General Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM was officially appointed as the 21st Chief of Air Force, succeeding General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

The appointment ceremony took place during the Retirement Parade of the 20th Chief of Air Force. The rank insignia was jointly presented by General Asghar Khan and Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, the spouse of the new Chief of Air Force, in the presence of Chief of Defence Force General Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

The handover ceremony continued with the signing of the Certificate of Appointment and the symbolic passing of the ‘Command Baton’, officially marking the transition of leadership. This was followed by a salute from the parade contingent to General Norazlan as the newly appointed Chief.

In his inaugural media address, General Norazlan expressed his utmost loyalty and gratitude to His Majesty the Yang di-Pertuan Agong, Supreme Commander of the Malaysian Armed Forces, for the honour and trust bestowed upon him to lead the RMAF.

He also extended heartfelt appreciation to General Asghar Khan for his outstanding leadership, service, and dedication throughout his tenure as the 20th Chief of Air Force.

General Norazlan pledged to continue advancing the Air Force Capability Development Plan 2055 (CAP55) alongside the new leadership team, ensuring the RMAF evolves into a credible, superior and full-spectrum air power.


𝐉𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐍𝐎𝐑𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄-𝟐𝟏

SUBANG, 26 Jun 2025 – Dalam Istiadat Perbarisan Persaraan Panglima Tentera Udara Ke-20, turut diadakan salah satu acara yang bersejarah buat TUDM iaitu upacara pemakaian pangkat kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang telah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 menggantikan Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan secara bersama oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara Ke-20 dan isteri kepada Panglima Tentera Udara Ke-21, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Udara yang turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera. Acara dimulakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan disusuli dengan penyerahan ‘Tonggak Kuasa’ sebagai simbolik penyerahan kuasa secara rasminya kepada Panglima Tentera Udara Ke-21. Selesai acara, Panglima Tentera Udara Ke-21, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima tabik hormat daripada anggota perbarisan.

Panglima Tentera Udara dalam sidang media menzahirkan setinggi-tinggi kasih dan melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia atas limpah perkenan dan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui TUDM.

Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara ke-20 atas segala jasa, pengorbanan, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh beliau menerajui dan memimpin TUDM.

Panglima Tentera Udara juga berjanji akan memastikan segala perancangan TUDM yang telah disusun di dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau CAP55 akan diteruskan bersama barisan kepimpinan TUDM yang baharu. Ia bagi memastikan TUDM terus menjadi sebuah kuasa udara yang berkredibiliti, unggul dan berspektrum penuh.

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version