SUBANG, 10 September 2025 – As Chair of ASEAN, Malaysia has deployed an Augmented Interim Observer Team (IOT) to Cambodia to uphold its mandate as observers of the ceasefire agreement between Thailand and Cambodia. This deployment underscores Malaysia’s steadfast commitment to regional peace and stability.
The send-off ceremony for the Augmented IOT was officiated by the Commander of Joint Force Headquarters, Lieutenant General Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin, RMAF at Subang Air Base.
The Augmented IOT is a temporary mechanism established to monitor the ceasefire between Thailand and Cambodia. Its formation follows an official invitation from the Cambodian Government while negotiations between the two countries continue towards creating a permanent monitoring body, the ASEAN Observer Team (AOT). This was agreed upon by both nations during the General Border Committee (GBC) Meeting on 7 August 2025.
The Augmented IOT consists of 10 military officers – six from Malaysia, two from the Philippines, and two from Indonesia. Brunei and Singapore are expected to join the mission at a later stage. The team is led by Brigadier General Dato’ Pahlawan Asri bin Shukor as Mission Commander and will be stationed at several strategic locations in Cambodia near the border area. Deployment is being carried out using a Royal Malaysian Air Force (RMAF) C-130 aircraft.
Prior to this movement, initial monitoring was conducted by ASEAN’s IOT, led by Malaysia’s Defence Adviser in Phnom Penh.
Malaysia has also been entrusted with drafting and developing the Terms of Reference (TOR) for the Augmented IOT, which has been endorsed by Cambodia. Beyond technical monitoring of the ceasefire, this mission holds strong symbolic value – representing ASEAN’s solidarity and commitment to resolving conflicts peacefully.
The Malaysian Armed Forces (MAF) expressed its appreciation to all participating ASEAN nations, particularly the Philippines and Indonesia, for their close cooperation and support in the successful deployment of the Augmented IOT. Malaysia remains committed to playing an active role in contributing to regional peace and stability through inclusive and constructive multilateral cooperation.
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐆𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐃 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄𝐑 𝐓𝐄𝐀𝐌 (𝐈𝐎𝐓) 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐎𝐉𝐀 – 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
SUBANG, 10 September 2025 – Kerajaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN telah menubuhkan augmented Interim Observer Team (IOT) ke Kemboja bagi melaksanakan mandat sebagai pemerhati kepada perjanjian gencatan senjata antara negara Thailand dan Kemboja. Aturgerak ini mencerminkan komitmen teguh Malaysia terhadap usaha keamanan serantau. Majlis penghantaran augmented IOT telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM di Pangkalan Udara Subang.
Augmented IOT merupakan satu usaha sementara yang ditubuhkan bagi melaksanakan tugas pemantauan terhadap perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja. Penubuhan augmented IOT ini dibuat atas jemputan rasmi daripada Kerajaan Kemboja, sementara rundingan antara kedua-dua negara masih diteruskan ke arah pembentukan pasukan pemantau kekal, iaitu ASEAN Observer Team (AOT), seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam Mesyuarat General Border Committee (GBC) pada 7 Ogos 2025.
Augmented IOT melibatkan seramai 10 pegawai tentera daripada pelbagai negara iaitu 6 daripada Malaysia, 2 Filipina dan 2 Indonesia. Augmented IOT mungkin akan disertai oleh Brunei dan Singapura selepas ini. Pasukan ini diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Asri bin Shukor selaku Ketua Misi dan akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di Kemboja berhampiran kawasan sempadan. Penghantaran pasukan ini akan dilaksanakan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sebelum aturgerak ini dilaksanakan, pemantauan awal telah dijalankan oleh Tim IOT negara-negara ASEAN yang diketuai oleh Penasihat Pertahanan Malaysia di Phnom Penh.
Malaysia turut dipertanggungjawabkan untuk merangka dan membangunkan Terma Rujukan (Terms of Reference – TOR) bagi pelaksanaan augmented IOT ke Kemboja dan telah dipersetujui oleh pihak negara Kemboja. Misi ini bukan sahaja melibatkan pemantauan teknikal terhadap pematuhan gencatan senjata, malah membawa makna simbolik sebagai lambang solidariti dan komitmen ASEAN dalam menyelesaikan konflik secara aman.
ATM merakamkan penghargaan kepada semua negara anggota yang terlibat dalam misi ini, khususnya Filipina dan Indonesia atas sokongan dan kerjasama erat dalam menjayakan pengaturan gerak dan pelaksanaan augmented IOT. Malaysia komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang ke arah kestabilan dan keamanan serantau melalui pendekatan kerjasama pelbagai hala yang inklusif dan konstruktif.