Royal Malaysian Navy Rescues Adrift Foreign Fishing Boat Near Pulau Jarak Ops & Training 24th June 202527th June 2025 24 June 2025 β The Royal Malaysian Navy (RMN) successfully rescued two Indonesian fishermen late last night after their vessel was found adrift at sea. The fishing boat, originating from Tanjung Balai, Indonesia, had been at sea since 19 June for a routine fishing trip before encountering engine failure on the morning of 21 June. The mechanical issue rendered the vessel immobile and forced the crew to navigate manually. The two crew members, aged 23 and 25, were found exhausted after being stranded for three days in rough sea conditions. Despite their ordeal, they managed to steer their damaged boat close to Pulau Jarak, approximately 39 nautical miles (72km) west of Kuala Perak, by midnight on Tuesday. RMN Station Jarak Responding promptly, personnel from the RMN Station Jarak provided immediate humanitarian aid, including food, temporary shelter, and essential supplies. The damaged engine was also successfully repaired with the assistance of the station crew. Details of the incident were relayed to the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) Perak for further action. The repaired vessel will be escorted out of Malaysian waters by KM MALAWALI. As an institution entrusted with national maritime security and sovereignty, the RMN remains vigilant in safeguarding the safety and welfare of the maritime community in Malaysian waters. Assistance will continue to be extended regardless of nationality, in accordance with local law and international conventions. The RMN also advises all seafarers to ensure their vessels are in good working condition before heading out to sea to avoid unforeseen incidents. Issued by:Strategic Communications BranchWestern Fleet Command HeadquartersRoyal Malaysian Navy πππππππππ πππππ ππ πππ ππ: ππππ πππππππππππππ πππ πππππππ πππππ ππππ ππππππ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lewat malam semalam telah menyelamatkan dua orang nelayan warga Indonesia yang hanyut di laut. Bot nelayan yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia tersebut telah berada di laut sejak 19 Jun lalu untuk menangkap ikan, namun mengalami kerosakan pada enjin bot pada pagi Sabtu, 21 Jun lalu. Kerosakan menyebabkan bot hanyut dan terpaksa dikendalikan secara manual. Dua individu yang juga awak-awak bot tersebut masing-masing berumur 23 dan 25 tahun berada dalam keadaan keletihan setelah berada dalam bot selama 3 hari dengan keadaan laut yang agak bergelora. Mereka bagaimanapun berjaya membawa bot tersebut menghampiri Pulau Jarak, yang terletak 39 batu nautika (72km) di barat Kuala Perak, Perak pada tengah malam Selasa sebelum dibantu oleh kru Stesen Jarak TLDM. Atas dasar kemanusiaan, selain memberi bantuan, perlindungan sementara, kru Stesen Jarak TLDM turut membekalkan nelayan berkenaan dengan bekalan makanan dan bantuan asas lain. Bot yang mengalami kerosakan enjin juga telah dapat dibaiki dengan bantuan kru Stesen Jarak TLDM. Maklumat berkaitan kejadian telah dipanjangkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak untuk tindakan lanjut. Bot yang telah dibaiki ini akan diiringi keluar perairan negara oleh KM MALAWALI. Sebagai sebuah insititusi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kedaulatan perairan negara, TLDM sentiasa peka terhadap aspek keselamatan dan kebajikan komuniti maritim di Malaysia. Bantuan akan dihulurkan kepada pihak yang memerlukan tanpa mengira kewarganegaraan selari dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa. TLDM bagaimanapun menasihatkan komuniti maritim yang merancang untuk ke laut agar memastikan vesel yang digunakan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. CAWANGAN KOMUNIKASI STRATEGIKMARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT Like this:Like Loading... Related