You are here
Home > Parade & Ceremony > Pengarah Perubatan, MK ATM-BPK

Pengarah Perubatan, MK ATM-BPK

KUALA LUMPUR: Pengorbanan dan komitmen pasangan dalam menguruskan keluarga dengan baik pada sebilang masa adalah salah satu faktor penting bagi kejayaan seorang pegawai tentera yang diakui sendiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 2 Jul 2018.

Sedikit sebanyak keluarga juga memberikan sumber inspirasi dan suntikan semangat dalam menghadapi pelbagai cabaran yang ditempuhi seorang pegawai tentera untuk terus berkhidmat dengan lebih komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan diingatkan bahawa kenaikan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas di mana amanah yang dikurniakan Allah S.W.T ini dapat menaikkan lagi imej serta nama TD,” ucap PTD.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 34 pegawai kanan TD yang di dahului oleh Brig Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Perubatan, MK ATM-BPK.
Acara diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada sembilan pegawai kanan yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Hj Muhammad Huzaimi Sabri manakala 11 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol dan seramai 13 pegawai di naikkan pangkat Lt Kol.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming serta pegawai kanan TD.
Gambar: Saifun Hakimi Zainon

BTDM

Top