You are here
Home > Parade & Ceremony > Appreciation Parade for MG Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar

Appreciation Parade for MG Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar

The Malaysian Army Inspector General MG Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar will be retiring from service after serving more than 40 years in the Army.


PORT DICKSON, 9 Ogos 19 – Perbarisan Penghargaan Mej Jen Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar telah berlangsung di Padang Kawad Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (KAD), Kem Sunggala, Port Dickson. Perbarisan terdiri daripada 24 Pegawai dan 410 anggota Lain-Lain Pangkat bersama aset – aset kenderaan berperisai KAD yang telah diketuai oleh Lt Kol Ahmad Kamal bin Halib.

Sebagai menghargai Mej Jen Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar, beliau telah dipertontonkan dengan perbarisan berjalan lalu yang melibatkan 2 buah Ferret Scout Car, 2 buah KJA PENDEKAR, 2 buah KJA LIPAN BARA, 2 buah KJA CONDOR, 21 buah KJA GEMPITA, dan 9 ekor Kuda dari Skuadron Istiadat Berkuda.

Perbarisan bersejarah ini diadakan bersempena dengan persaraan beliau yang telah menabur bakti, jasa dan keringat selama lebih 38 tahun di dalam Kor Armor Diraja. Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau adalah sebagai Inspektor Jeneral di Bahagian Inspektorat TD.

Panglima Tentera Darat Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi turut hadir menyantuni perbarisan penghargaan yang telah diadakan. Seluruh Warga TD mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada YBhg Mej Jen Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar diatas jasa dan bakti yang disumbangkan sepanjang perkhidmatan ini.

Top
%d bloggers like this: