You are here
Home > Ops & Training > Seminar Halatuju KPD RSCNext1.0

Seminar Halatuju KPD RSCNext1.0

PERAK: Jabatan Arah Kor Perkhidmatan (KPD) melalui Sel Teknikal melaksanakan Sesi Seminar Hala Tuju KPD RSCNext1.0 bertempat di Wisma Perwira KPD pada 5 Jun 2018.

Program yang dihadiri oleh seramai 80 pegawai bagi mendengar sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Staf Satu Kerjaya Jabatan Arah KP, Lt Kol Hafiz Ahmad dan Pegawai Staf Satu Teknikal Jabatan Arah KP, Lt Kol Muzafar Mosam Shah berkenaan Rancangan Pembangunan Kor yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Strategik Army 4nextG.

Dalam sesi taklimat tersebut staf menerangkan konsep RSCNext1.0 adalah berpandukan kepada pendekatan Streamline, Simplified and Standardised.

Diakhir program Pengarah KPD, Brig Jen Wan Ghazali Wan Din mengadakan penggulungan akhir keseluruhan program dan menyatakan hasrat serta optimis beliau terhadap masa hadapan Kor yang mana beliau mengungkapkan bahawa “The future is now and lets make it happen”.

Oleh: Kapt Aizuddin
Gambar: Sjn Azwan
BTDM

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: