You are here
Home > Parade & Ceremony > PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA WILAYAH UDARA 1

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA WILAYAH UDARA 1

KUALA LUMPUR, 8 Apr 19 – Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 1 telah diadakan di Padang Kawad Markas Wilayah Udara 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini. Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM yang akan bersara dalam perkhidmatan telah menyerahkan tugasnya sebagai Panglima Wilayah Udara 1 kepada Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM.
Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.
Perbarisan Serah Terima Tugas pada pagi ini diketuai oleh Mej Romaino bin Abd Kadir TUDM serta diiringi oleh Pancaragam Pusat Pangkalan Udara Kuala Lumpur di bawah pimpinan Lt Mohd Hanif bin Che Razak TUDM.
Dalam ucapan Mej Jen Datuk Hj Romlee TUDM, beliau berkehendakan agar warga Markas Wilayah Udara 1 memberikan sepenuhnya komitmen dan sokongan kepada Panglima Wilayah Udara 1 yang baharu.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga ketumbukan ini kerana telah sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah sepanjang beliau berkhidmat di Markas ini.
Top
%d bloggers like this: