You are here
Home > MY ATM > Majlis “Send Off” Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia , Dato’ Sri Halimi Abd Manaf

Majlis “Send Off” Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia , Dato’ Sri Halimi Abd Manaf

12 Apr 19 – Majlis “Send Off” Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia , Dato’ Sri Halimi Abd Manaf telah diadakan di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan petang tadi bagi memberi penghargaan terakhir kepada beliau yang akan bersara mulai esok.

Majlis dimulakan dengan Dato’ Sri Halimi Abd Manaf menyentuh e-Rakam di laluan keluar bangunan Wisma Pertahanan menandakan bahawa telah tamat waktu penugasan sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian ini.

Hadir sama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang bertugas di Wisma Pertahanan.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi selepas ini.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: