2 Div COA Board 1/2019 Human Capital 3rd May 20191st September 2020 Phase 1 of 2nd Div’s LTC selection board. PULAU PINANG: Seramai 11 pegawai yang berkhidmat di bawah naungan 2 Divisyen telah menghadiri Lembaga Panglima Tentera Darat (LPTD) Siri 1/2019 Peringkat 2 Div bertempat di Bilik Mesyuarat MK 2 Div pada 2 dan 3 Mei 2019. Lembaga ini merupakan fasa pertama penilaian bagi pegawai-pegawai yang telah disenarai pendek untuk dinaikkan ke pangkat Lt Kol. Pucuk Pimpinan TD telah menetapkan agar temuduga secara fizikal dilaksanakan untuk mengesahkan potensi serta kredibiliti calon-calon yang telah diperakukan sebagai proses check and balance mengikut saluran pemerintahan masing-masing. Di samping itu, ia merupakan salah satu penjajaran yang dilakukan di peringkat 2 Div dalam aspek pemilihan calon kenaikan pangkat Lt Kol yang lebih telus dan berkesan. Lembaga ini dipengerusikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Ahli-ahli Panel adalah dari Panglima Formasi naungan 2 Div. Turut hadir wakil dari Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat dan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat. Oleh: Mej Mohd Said Adam Mohd SaidGambar: Kpl Md Shukor Md Soleh -MARKAS DIVISYEN KEDUA INFANTRI MALAYSIA- 5.4163935100.3326786Like this:Like Loading... Related