First 100 Days for Chief Signals Officer BG Ahmad Saifuddin Talha

Director of Human Resources presenting CSO with a photo album titled “First 100 Days”

KUALA LUMPUR : Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja (RSD) mengadakan acara memotong kek pulut kuning dan bacaan doa sempena 100 hari pemerintahan Ketua Pegawai  Semboyan (KPS) Ke-15, Brig Jen Ahmad Saifuddin Talha bertempat di Pusat Operasi Semboyan, Jab RSD.
Tanggal 29 Apr 2019 menandakan 100 hari pemerintahan KPS dan pemerintahannya pelbagai usaha ke arah pemantapan RSD giat dilaksanakan dalam aspek sumber manusia, sistem dan peralatan komunikasi serta pengoperasian pasukan.
Hubungan bersama rakan industri  juga dipertingkat dalam memastikan perkembangan teknologi dapat dibangun seiring dengan keperluan perkhidmatan.
Dalam ucapan KPS, beliau berhasrat agar semua warga RSD dapat bekerjasama dan bergerak bersama-bersama beliau dalam memacu kecemerlangan RSD di masa hadapan.
Majlis telah diserikan lagi dengan tayangan video yang memaparkan pemerintahan KPS dalam tempoh 100 hari pertama sebagai KPS.
Majlis diakhiri dengan penyampaian album bergambar First 100 Days oleh Pengarah Sumber Manusia Jab RSD, Kol Sufain Ahmad.
Turut hadir semua warga tentera dan awam yang berkhidmat di Jab RSD.
Oleh: Jab RSD
3.139003101.686855
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version