You are here
Home > Parade & Ceremony > Appreciation Parade for BG Abdul Aziz Ahmad

Appreciation Parade for BG Abdul Aziz Ahmad

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 127 anggota LLP telah terlibat dalam Perbarisan Penghargaan sempena Persaraan Brig Jen Abdul Aziz Ahmad yang diadakan di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan, Kem Perdana Sg Besi pada 3 Mei 2019.
Brig Jen Abdul Aziz menerima tabik hormat dari perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Fandi Hamid serta diiringi oleh gabungan Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat dan Brass Band RSD.
Perbarisan ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti yang dicurahkan selama hampir 43 tahun kepada Tentera Darat serta Rejimen Semboyan Diraja.
Dalam ucapannya, beliau menyeru semua peringkat pegawai dan anggota Rejimen Semboyan Diraja untuk terus menggalas tanggungjawab bagi memastikan RSD terus relevan dalam menyediakan komunikasi masa kini.
Turut hadir oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dan Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Ahmad Saifuddin Talha.
Oleh: Kapt Ahmad Hayatta b. Razali
Gambar: RSD

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: