You are here
Home > Parade & Ceremony > Farewell Parade for BG Mazlan Md Sahalan

Farewell Parade for BG Mazlan Md Sahalan

In his farewell speech, BG Mazlan Md Sahalan calls for every Special Forces personnel to remain relevant.
 
MELAKA: Seramai 30 pegawai dan 280 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Penghargaan sempena Persaraan Brig Jen Mazlan  Md Sahalan bertempat di Padang Kawad Rejimen 21 Komando pada 14 Jun 2019.
Brig Jen Mazlan menerima tabik hormat dari perbarisan yang diketuai oleh  Lt Kol Razak Akob serta diiringi oleh gabungan Pancaragam GGK.
Perbarisan ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti yang dicurahkan selama hampir 40 tahun kepada Tentera Darat khususnya dalam  Rejimen Gerak Khas.
Dalam ucapannya, beliau menyeru semua peringkat pegawai dan anggota Gerak Khas untuk terus menggalas tanggungjawab bagi memastikan Komando terus relevan dalam menyediakan pasukan Khas masa kini.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima Gerak Khas, Mej Jen Datuk Hasan Ali.
Oleh: Kapt Sirichai Manichorte
Gambar: SSjn Ahmad Norizam Jaaffar

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: