You are here
Home > Human Capital > Military Exhibition cum Malaysian Youth Recruitment Programme

Military Exhibition cum Malaysian Youth Recruitment Programme

KEDAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bekerjasama dengan Malaysian Armed Forces Chinese Veteran Association (MACVA) dalam menjayakan inisiatif Malaysian Youth Recruitment (MYR) bersama 1200 pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Sin Min pada 23 Jun 2019.

Program anjuran MACVA ini dijayakan dengan ceramah kerjaya yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota- Cawangan Tenaga Kerja (BPA-CTK) dan acara diteruskan dengan pameran aset tentera melibatkan kenderaan komunikasi GK MK1 oleh pasukan 6 SSB, motorsikal Scrambler Kawasaki KLX 2500cc oleh pasukan 6 Komp KPTD dan senjata persendirian.

Small arms are part of the display at the exhibition.
Small arms are part of the display at the exhibition.
GK MK1 Communications vehicle on display.
GK MK1 Communications vehicle on display.

Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai memberi pendedahan dan menarik minat bagi lain-lain kaum terutamanya kaum berketurunan Cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

The exhibition and programme aims to attract more non-Malays, particularly the Chinese community, to join the Malaysian Armed Forces.
The exhibition and programme aims to attract more non-Malays, particularly the Chinese community, to join the Malaysian Armed Forces.

Turut serta dalam pameran promosi ialah Sel Promosi dan Pengambilan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Maktab Tentera Diraja dan pameran senjata kecil dan promosi Askar Wataniah dari pasukan Rej 513 AW.

Inisiatif MYR pada kali ini turut dijayakan dengan menampilkan Ikon Pegawai Berketurunan Cina dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pelajar Berbangsa Cina daripada Maktab Tentera Diraja bagi membolehkan mereka berkongsi secara terus bersama pelajar dan ibu bapa tentang pengalaman kerjaya mereka di dalam ATM.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: