You are here
Home > Ops & Training > MALBATT Commander Parade and Promotion Ceremony

MALBATT Commander Parade and Promotion Ceremony

What It’s All About…

  • COL Mohd Fadzil bin Mohd Diah RMAF promoted to Brigadier-General and will assume the appointment of Commander Kuantan Air Base.
  • LTC Sebastian Arokiaraj William RMAF promoted to COL and will assume the appointment of Air Directing Staff at Malaysia Defence College (MPAT).

Perbarisan Komander MALBATT dan Acara Pemakaian Pangkat

LUBNAN, 27 Jun – Seramai 3 Pegawai dan seorang angota LLP telah dinaikkan pangkat dalam acara Perbarisan Komander MALBATT 850-6 yang diadakan di Padang Kawad, Kem Ma’rakakh, Selatan Lubnan diketuai oleh Mej Megat Anuar bin Megat Ahmad.

Komander MALBATT, Kol Azhan bin Hj Md Othman dengan diiringi oleh Lt Kol Shamsuri bin Che Soh, Timbalan Komander telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kapt (Dr) Mohd Afham bin Mohamed Abdul Kadir dan Kapt (Dr) Muhamad Azril bin Azizi daripada Elemen Perubatan yang dinaikkan ke pangkat Mejar. Manakala Lt Che Wan Saipubahari bin Che Wan Yusoff daripada Elemen Semboyan telah dinaikkan ke pangkat Kapten dan Pbt Muhammad Ridzuan bin Abdullah daripada Kompeni Bravo dinaikkan ke pangkat Lans Koperal.

Acara diteruskan dengan sesi perjumpaan Komander bersama warga MALBATT yang telah diadakan di Dewan Pengaman, Kem Ma’rakah. Dalam sesi ucapan, Komander telah menyampaikan beberapa pesanan dan peringatan sebagai panduan sebelum MALBATT 850-6 bakal menamatkan tugas misi pengaman di Lubnan yang dijangkakan pada penghujung bulan September ini.

Dalam majlis yang sama juga telah diadakan acara penyerahan sumbangan derma kepada SSjn Mohd Hadlesham bin Che Daud daripada Elemen Jurutera yang mengalami musibah kebakaran rumah kediamannya di Malaysia pada 21 Jun 19.

Leave a Reply

Top