You are here
Home > Human Capital > 10 Bde (Para) Capability Demonstration

10 Bde (Para) Capability Demonstration

What It’s All About…


Demonstrasi Keupayaan 10 Bgd (Para)

MELAKA: Sempena lawatan 210 Juruarah dan Penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 48/2019, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) telah dipertontonkan dengan Demonstrasi Keupayaan 10 Bgd (Para) yang telah dilaksanakan di Kompleks PARAWOOD Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) pada 28 Jun 2019.

Demonstrasi yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Lt Kol Zulkifli Raub telah mempamerkan latihan keyakinan diri abseiling, rappeling, spie rig, fast roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Tactical Combat Casualty Care (TCCC), demonstrasi pertempuran melibatkan penyusupan tim sniper, sabotaj seksyen tinjau dan serbuan platun dibantu pesawat LOH Agusta serta tembakan langsung dan tidak langsung, Tarian Perang 10 Bgd (Para) dan pameran aset 10 Bgd (Para).

Demonstrasi ini turut dihadiri oleh Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Timbalan Komandan MTAT selaku Ketua Rombongan lawatan, Kol Fazal Abdul Rahman.

Oleh: Lt Suhanraj Rajasegaran
Gambar: Gabungan Jurugambar 10 Bgd (Para)

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: