You are here
Home > Parade & Ceremony > Operationalisation of Joint Force HQ in Sungai Panching

Operationalisation of Joint Force HQ in Sungai Panching


UPACARA PERBARISAN PENGOPERASIAN MARKAS ANGKATAN BERSAMA KEM SUNGAI PANCHING

KUANTAN, 1 Julai 2019 – Upacara Perbarisan Pengoperasian Markas Angkatan Bersama telah berlangsung hari ini di Kem Sungai Panching, Kuantan, Pahang. Upacara perbarisan ini diadakan sempena merasmikan dan tanda bermulanya Pengoperasian Markas Angkatan Bersama di penempatan baharu Kem Sungai Panching.

Perbarisan ini terdiri daripada 50 pegawai dan 113 anggota lain-lain pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Darat, Laut, Udara) yang bertugas di Markas Angkatan Bersama diketuai Pengarah J3 Operasi Global, Kol Norazman bin Taib TUDM selaku Ketua Perbarisan.

Upacara perbarisan ini turut menyaksikan Upacara Penyerahan Bendera Markas Angkatan Bersama oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin kepada Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki sebagai simbolik perasmian pengoperasian Markas Angkatan Bersama di Kem Sungai Panching.

Upacara Perbarisan ini turut dihadiri dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Panglima-panglima Perkhidmatan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Bersama dan Ketua-ketua dari pelbagai agensi serta Jabatan Kerajaan di Negeri Pahang.

Top