You are here
Home > Defence Relations > RSAF Chief MG Kelvin Khong’s Official Visit to Malaysia

RSAF Chief MG Kelvin Khong’s Official Visit to Malaysia


LAWATAN RASMI PANGLIMA TENTERA UDARA SINGAPURA KE KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUALA LUMPUR, 2 Jul 19 – Panglima Tentera Udara Singapura (RSAF), Mej Jen Kelvin Khong telah mengadakan kunjungan ke Kementerian Pertahanan hari ini sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia mulai 2 hingga 3 Jul 19.

Courtesy call by MG Kelvin Khong on GEN Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM and top RMAF officials.

Ketibaan Mej Jen Kelvin Khong di Wisma Pertahanan disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta diberikan penghormatan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh Pasukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama TUDM yang turut diiringi Pancaragam Pusat TUDM.

Beliau juga turut membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.

Meeting with Defence Minister YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu.
Courtesy call on CDF GEN Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.

Lawatan ini merupakan lawatan ulung beliau setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Mej Jen Mervyn Tan pada 22 Mac lalu. Kunjungan ini dilihat dapat mengeratkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara khasnya angkatan udara yang telah wujud sekian lama.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: