You are here
Home > Parade & Ceremony > Army Field Commander West LG Datuk Azizan Retiring

Army Field Commander West LG Datuk Azizan Retiring

Army Field Commander West (AFCW) LG Datuk Azizan Md Delin arrived HQ 2 Div on 8 Jul 2019 for an Appreciation Ceremony in conjunction with his retirement.


Lawatan Penghargaan PMB TD Ke MK 2 Div

Token of appreciation for LG Datuk Azizan MD Delin

PULAU PINANG: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin hadir ke MK 2 Div bagi Majlis Lawatan Penghargaan sempena persaraan beliau disambut oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad pada 8 Jul 2019.

LG Datuk Azizan MD Delin saluting

Lawatan Penghargaan PMB TD ke MK 2 Div turut dimanfaatkan sebagai pertemuan untuk mengingat dan memberi nasihat kepada Panglima-Panglima Formasi KTJ 2 Div agar tidak melupakan setiap bait-bait kata Ikrar Kesatria dan menzahirkan tindakan dalam mendokong Perintah Ulung PTD.

Farewell Datuk

Lawatan ini diteruskan dengan jamuan makan tengahari penghargaan PMB TD bersama 90 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di Wisma Perwira Pearl Eagle Riviera 2 Div, Kem Tun Razak.

Dalam ucapan PMB TD, beliau tidak dapat melupakan 2 Div kerana pernah berkhidmat sebagai Panglima 2 Div selama tiga tahun pada 2011 hingga 2013.

Selain itu, beliau turut berbangga dengan usaha peringkat pemerintahan 2 Div yang telah menjayakan sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-86 hingga menjadi bualan ramai.

Beliau turut menzahirkan rasa kagum dengan sumbangan 2 Div terhadap hubungan keselamatan sempadan antara tentera Thailand dengan Malaysia hingga amat dikagumi rakyat kedua-dua negara.

Turut hadir Panglima 2 Bgd, Brig Jen Malek Razak Sulaiman, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Hj Mohd Halim Khalid, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hassan Embong, Komander Artileri Divisyen 2 Div, Kol Norazman Ismail, Ketua Staf 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin dan wakil MK PMBTD, Kol Op, Shaari Omar dan Kol Log, Kol Tamam Jamioon.

Oleh: Mej Mohd Said Adam Mohamed Said
Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh dan Pbt Izharuddin Fauzi

  • Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: