Terendak, 14 Jul 19 – The Army Shooting Competition (UKMTD) is an annual shooting event involving formations in the Malaysian Army (TDM). It aims to assess the capabilities and level of individual members of the military in terms of arms control.
 
The event is also the best platform for assessing TDM’s skills and competencies as a result of training conducted either at team level or formations. It is in line with TDM’s Top Leadership’s wishes, emphasizing that 2019 as the Year of Training and Alignment.

Additionally, this event is also the best battleground for TDM to produce shooting champions who will be representing TDM in the ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) game.


Terendak, 14 Jul 19 – Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) merupakan acara pertandingan menembak tahunan yang melibatkan formasi-formasi dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Ianya bertujuan untuk menilai kemampuan dan tahap kemahiran individu anggota tentera dalam aspek pengendalian senjata.

Acara ini juga adalah platform terbaik untuk menilai kemahiran dan kecekapan warga TD hasil dari latihan yang dijalankan sama ada di peringkat pasukan mahupun formasi. Ia sejajar dengan hasrat Kepimpinan Tertinggi TDM yang menekankan bahawa 2019 adalah Tahun Latihan dan Penjajaran.

Selain itu, acara ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan jaguh-jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TDM dalam pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).

UKMTD 2019 melibatkan penyertaan dari 10 formasi dalam TDM melibatkan pelbagai acara menembak seperti Menembak Lorong Hutan, Pistol, Raifal Lelaki dan Wanita, Jatuh Piring, Tim Mesingan Kegunaan Am, Tim Mesingan Ringan, Serangan Seksyen dan Novelti Pegawai Kanan yang dilaksanakan di Lapang Sasar Kem Terendak, Melaka.

Dalam pertandingan pada tahun ini, seramai 85 pegawai dan 653 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai pertandingan tersebut yang telah diadakan bermula 10 Julai 2019 sehingga 15 Julai 2019. Upacara Penutup UKMTD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi pada 15 Julai 2019 bertempat di Dataran Lapangsasar 400 Meter, Kem Terendak, Melaka.

Turut hadir dalam upacara penutup adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.

Dalam Majlis Penutup UKMTD Tahun 2019 yang telah disempurnakan oleh
Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, beliau telah menyampaikan anugerah JAGUH UKMTD tahun 2019 kepada Sjn Muhd Firuz Bin Azizan dari Formasi 10 Briged Para. Anugerah JAGUH adalah gelaran yang diberikan kepada para peserta individu raifal yang mencatatkan markah tertinggi berdasarkan ketepatan menembak sasaran. Bagi Johan Keseluruhan Pertandingan UKMTD 2019, Formasi 10 Briged Para telah dinobatkan sebagai juara.

Berikut adalah senarai nama pasukan pemenang UKMTD Tahun 2019:

a. KATEGORI PISTOL

1) JOHAN PISTOL UNIT BESAR: 21 GGK
2) JOHAN PISTOL UNIT KECIL: 10 BGD PARA

b. KATEGORI RAIFAL

1) JOHAN RAIFAL UNIT BESAR: 10 BGD PARA
2) JOHAN RAIFAL UNIT KECIL: 10 BGD PARA
3) JOHAN RAIFAL JATUH PIRING: 21 GGK

c. KATEGORI MGKA

1) JOHAN TIM MGKA: 21 GGK

d. KATEGORI MGR

1) JOHAN MGR UNIT BESAR: 10 BGD PARA
2) JOHAN MGR UNIT KECIL: 21 GGK

e. KATEGORI LORONG HUTAN

1) JOHAN LORONG HUTAN UNIT BESAR: 10 BGD PARA
2) JOHAN LORONG HUTAN UNIT KECIL: 10 BGD PARA
3) JOHAN SEKSYEN SERANGAN: 10 BGD PARA
4) JOHAN KESELURUHAN UNIT BESAR: 10 BGD PARA
5) JOHAN ANTARA FORMASI UKMTD 2019: 10 BGD PARA

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas dirakamkan kepada pihak penganjur dan pada semua para peserta kejohanan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) 2019 yang telah berjaya melaksana dan menjayakan acara tersebut pada tahun ini.

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version