BG Khairul Azmizal Ahmad Natal hands over his appointment to Acting Commander 10 Bde (Para), LTC Ahmad Fitri Othman on 18 Jul 2019.


Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Bgd (Para)

MELAKA: Seramai 27 pegawai dan 1,243 anggota Lain-Lain Pangkat 10 Bgd (Para) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Bgd (Para) bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) pada 18 Jul 2019.

10 Bde (Para)

Perbarisan ini melibatkan enam detasman dan diketuai oleh Lt Kol Anwar Zamani Jusop serta diiringi pancaragam dari Gabungan Brass Band daripada 10 Bgd (Para).

Serah menyerah ini diantara Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal yang menyerahkan tugasnya kepada Pemangku Panglima 10 Bgd (Para), Lt Kol Ahmad Fitri Othman disaksikan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dengan simbolik acara ialah menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 10 Bgd (Para).

Dalam ucapan mantan 10 Bgd (Para), beliau berkehendakan agar warga 10 Bgd (Para) sentiasa bersemangat dan mempunyai penuh kebanggaan demi menjaga nama baik dan maruah dalam memastikan 10 Bgd (Para) menjadi satu ketumbukan yang disegani.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga 10 Bgd (Para) kerana telah sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah sepanjang beliau berkhidmat di 10 Bgd (Para)

Selain itu turut diadakan Majlis Serah Menyerah Tugas Pengerusi BAKAT 10 Bgd (Para) diantara Rozita Waty Ridzuan yang menyerahkan tugasnya kepada Maslihana Jaafar disaksikan Ketua Staf 10 Bgd (Para), Lt Kol Samad Igom bertempat di Rumah BAKAT 10 Bgd (Para).

Oleh: 10 Briged (Para)
Gambar: Gabungan Jurugambar 10 Bgd (Para)

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version