You are here
Home > Defence Relations > LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB / 2019 Opens in Bogor, Indonesia

LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB / 2019 Opens in Bogor, Indonesia

BOGOR, INDONESIA, July 19, 2019 – The Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa Siri 10AB (LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB/2019) was officially launched at the Peacekeeping Standby Force Mission Centre in Bogor, Indonesia. This exercise is a jointly organised by the Malaysian Armed Forces (MAF) and the Indonesian Armed Forces (TNI). The exercise will take place from 19 to 31 July 2019 at PMPP, comprising Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX) Force Integration Training (FIT) and Field Training Exercise (FTX).

LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB/2019, which takes place once every three years, is organised by TNI this time with the concept of counter terrorism training involving all three Services (Land, Sea and Air) from both armed forces. Among the main objectives of the training is to test the ability to fend off threats in joint operations as well as test the Malindo Joint Operation Procedures (PROTAP) on Terrorism. In addition, this exercise also aims to strengthen the relationship between MAF and the TNI while enhancing professionalism among members of both forces. A total of 131 MAF and 234 TNI personnel will be involved in this exercise.

The opening ceremony of LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB/2019 was officiated by TNI Special Forces (Kopassus) Deputy Commander BG Muhammad Hasan, S.H. with the MAF Director-General Operations and Training Branch BG Anuar bin Abdul Wahab.


BOGOR, INDONESIA, 19 Julai 2019 – Bertempat di Lapangan Upacara Standby Force Pusat Misi Pemeliharaan Perdamaian (PMPP), Bogor Indonesia telah berlangsungnya Upacara Pembukaan Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa Siri 10AB (LATGABMA MALINDO DARSASA – 10AB/2019).

Latihan ini adalah merupakan latihan gabungan bersama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Negara Indonesia (TNI) yang dilaksanakan bermula dari 19 hingga 31 Julai 2019 di PMPP merangkumi aktiviti Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX), Force Integration Training (FIT) dan Field Training Exercise (FTX).

Latihan yang dilaksanakan 3 tahun sekali ini menyaksikan TNI menjadi penganjur pada kali ini dengan konsep latihan counter terrorisme melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara) dari kedua-dua angkatan. Antara objektif utama latihan adalah bagi menguji keupayaan menangkis ancaman dalam operasi bersama serta menguji Prosedur Tetap (PROTAP) Operasi Gabungan Bersama Malindo berkaitan Terrorisme. Selain itu, latihan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara ATM dan TNI di samping meningkatkan profesionalisme dikalangan anggota dari kedua-dua angkatan. Seramai 131 anggota ATM dan 234 anggota TNI terlibat dalam menjayakan pelaksanaan latihan ini.

Upacara pembukaan latihan telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan Jeneral Pasukan Khas (Kopassus) Brig Jen TNI Muhammad Hasan, S.H. bersama Ketua Pengarah Cawangan Operasi dan Latihan Markas ATM Brig Jen Anuar bin Abdul Wahab yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: