You are here
Home > Parade & Ceremony > Change of Command Parade for Army Training Commander

Change of Command Parade for Army Training Commander

LG Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami handed over the appointment of Commander, Army Doctrine and Training Command to MG Dato’ Mohammad Ab Rahman at Segenting Camp Parade Square on 24 Jul 2019.

LG Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami takes over the appointment of Army Field Commander West.


Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan TD

NEGERI SEMBILAN: Seramai 27 pegawai dan 457 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Lt Kol Mohd Nazri Hj Ismail terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan Tentera Darat bertempat di Padang Kawad Kem Segenting on pada 24 Jul 2019.

Serah Terima Tugas antara Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami yang menyerahkan tugas beliau kepada Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Acara diteruskan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa secara rasminya Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman mengambil alih tampok pemerintahan PLDTD sebagai Panglima Latihan TD Ke-21.

Mantan Panglima Latihan TD akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Medan Barat TD dan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Barat TD.

Acara perbarisan diakhiri dengan jamuan bersama Mantan Panglima Latihan TD di Dewan Serbaguna Kem Segenting dan send-off Mantan Panglima Latihan TD.

Oleh: Kapt Syaiyidul Marwan Mustapha
Gambar: Jurugambar PLDTD

  • Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD

Leave a Reply

Top