Crown Prince of Johor Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim reviewed the Royal Commissioning Parade involved 16 detachments from 18 Public Universities and one private university, the Malaysian Marine Academy,located at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on 3 Aug 2019.
A total of 1,560 Cadet Officers consisted of 881 Malaysian Army Cadet Officers (TDM), 330 Royal Malaysian Navy Cadet Officers (RMAF) and 349 Royal Malaysian Air Force Cadet Officers (RMAF) have successfully completed military training for three years.
ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES) UNIVERSITI AWAM KE-38
SKUDAI, 3 Ogos 2019 – Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Istiadat Perbarisan
Pentauliahan DiRaja yang melibatkan 16 detasmen dari 18 Universiti Awam dan satu universiti swasta iaitu Akademi Laut Malaysia bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Tunku Ismail telah berkenan menerima Tabik Hormat Dir aja dan memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Kadet Terbaik Darat, Pegawai Rendah Muda Kamarul Hafizi bin Kamaruzaman dari PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Baginda turut menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik kepada 34 Pegawai Kadet Terbaik UA.
DYAM Tunku Mahkota Johor juga turut berkenan mengurniakan watikah tauliah yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar kepada Pegawa-Pegawai Kadet PALAPES Darat, Laut dan Udara disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira, penyerahan skrol ikrar kepada Baginda dan diakhiri dengan penyampaian Perisai Panglima Tentera Darat bagi mengiktiraf detasmen terbaik perbarisan.
Seramai 1,560 orang Pegawai Kadet terdiri daripada 881 orang Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 330 orang Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 349 orang Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan bagi tempoh tiga tahun.