You are here
Home > Parade & Ceremony > New 1 RRR Acting Commanding Office Appointed

New 1 RRR Acting Commanding Office Appointed

A change of command parade was held for the handing over of Commanding officer post from LTC Mohd Khairulnizam Suliman to acting CO Maj Mohd Haizdar Arshad on 10 Aug 2019.

LTC Mohd Khairulnizam Suliman will be joining MALBATT 850 – 7 to Lebanon in Sep 2019.


Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 1 RRD

KUALA LUMPUR: Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) menyaksikan Pegawai Memerintah 1 RRD yang Ke-27 iaitu Lt Kol Mohd Khairulnizam Suliman menyerahkan tugas kepada Pemangku Pegawai Memerintah iaitu Mej Mohd Haizdar Arshad disaksikan oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jen Marzuki Hj Mokhtar di Padang Kawad Kem Wardieburn pada 10 Ogos 2019.

Sebelum itu, pegawai dan anggota 1 RRD turut melaksanakan Upacara Mengarak Panji-Panji 1 RRD dan Truncheon diketuai oleh Mej Shahzairedzuan Md Salleh sebagai penghormatan terakhir kepada Pegawai Memerintah Ke-27.

Mantan Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Khairulnizam Suliman akan menyertai misi bersama MALBATT 850 – 7 ke Lubnan bermula Sep 2019.

Oleh: Lt Mohd Syahmi Sahrudin
Gambar: Kpl Muhammad Abd Ghani

-Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja

Top
%d bloggers like this: