You are here
Home > Parade & Ceremony > Chief Engineer Change of Command Parade

Chief Engineer Change of Command Parade

A total of 15 officers and 209 members of the Other Ranks (LLP) were involved in the Change of Command Parade of Chief Engineer and Chairman of the Royal Engineer Regiment at the Army Field Institute of Engineering (IKEM) Field, Mahkota Camp, Kluang, Johor on 27th. August 19.

MG Dato Pahlawan Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman hands over his duties and responsibilities as Chief Engineer and Chairman of the Royal Engineer Regiment to MG Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. The ceremony was witnessed by Deputy Army Chief LG Dato Hasagaya bin Abdullah. MG Dato Pahlawan Hj Ahmad Nasir will retire from service on April 9, with a term of 41 years and 9 months and 28 days.


PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA JURUTERA DAN PENGERUSI REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA

Seramai 15 pegawai dan 209 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Jurutera dan Pengerusi Rejimen Askar Jurutera Diraja bertempat di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota, Kluang, Johor pada 27 Ogos 19.

Serah menyerah tersebut telah dizahirkan diantara Mej Jen Dato Pahlawan Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman yang menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Jurutera dan Pengerusi Rejimen Askar Jurutera Diraja kepada Mej Jen Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. Upacara penuh bermakna ini telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah. Mej Jen Dato Pahlawan Hj Ahmad Nasir akan bersara daripada perkhidmatan secara wajib pada 9 April 20 dengan tempoh perkhidmatan selama 41 tahun 9 bulan 28 hari.

Konsep perbarisan adalah perbarisan statik melibatkan empat detasmen iaitu: a. Gabungan Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen dan IKEM. b. Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen. c. Gabungan 91 Rejimen Bantuan RAJD, Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan MK RAJD Pakar (AW). d. Gabungan daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK RAJD PMBTD) serta 10 Skn RAJD (Para).

Ketua Perbarisan adalah Leftenan Kolonel Zulkefli bin Mundari dari MK RAJD Pakar (AW), Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Nazulisyam bin Ahmed Naim dari Markas Tentera Darat Jabatan Arah Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK TD-Jab RAJD), Ajutan perbarisan ialah Kapten Nadziruddin bin Samsuddin dari 8 Skn RAJD manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah Pegawai Waren 1 Mohd Hilme bin Kamaruddin dari 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD (AW). Aset-aset RAJD turut dipamerkan semasa perbarisan iaitu Tracked Excavator (Med), Highway Dump Truck dan Bridging Crane 15 Ton (Med).

Kemuncak perbarisan, Mej Jen Dato Pahlawan Hj Ahmad Nasir menerima tabik hormat, menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Jurutera dan Pengerusi Rejimen Askar Jurutera Diraja serta acara penyerahan Tongkat Kuasa Ketua Jurutera kepada Mej Jen Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah warga kor, veteran dan ahli BAKAT RAJD.

Top
%d bloggers like this: