You are here
Home > MY ATM > Discussion on 3rd Division’s Way Forward in 2020

Discussion on 3rd Division’s Way Forward in 2020

Kuantan: The 3/2019 3rd Division Commander (3 Div) meeting was held at HQ 4 Bde (Mech) on 22 Nov 2019. This is the first meeting chaired by the 3rd Div Commander, MG Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, since he took office as the 3rd Div Commander on 25 July 2019 to discuss the Division’s way forward in 2020.

The meeting began with the presentation of the mandate of the 3rd Div Commander, which required each division and unit division to enhance their workflow to bringing about the way forward and improvement in the 3 Div workforce, especially in 2020.

Discussion 3 Division's Way Forward in 2020
Discussion 3 Division’s Way Forward in 2020

The briefing from each branch also details activities that has been implemented including the results or results achieved.

Discussion 3 Division's Way Forward in 2020

In addition, activity planning for 2020 was also on the agenda to ensure that all planned activities will achieve their objectives.

Also present were 1st Brigade Commander BG Mhd Nazri Abdul Rahman, 4th Brigade Commander BG Zaidan Atan, 7th Brigade Commander BG Dato’ Hj Zawawi Hj Adam, 3rd Division Artillery Commander BG Noor Sazali Puteh, Acting Chief of Staff of the Division 3 Div, LTC Abdul Rani Abdul Majid and Commanding Officers of 3 Div.


Diskusi Hala Tuju 3 Div Bagi Tahun 2020

KUANTAN: Mesyuarat Panglima 3 Divisyen (3 Div) Siri 3/2019 telah berlangsung di MK 4 Bgd (Mek) pada 22 Nov 2019.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini merupakan medan diskusi terbaik yang menghimpunkan pemerintah formasi dan Trup Divisyen di bawah naungan 3 Div.

Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat sulung yang dipengerusikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, sejak beliau mengambilalih tugas sebagai Panglima 3 Div sejak 25 Jul 2019 yang lalu.

Mesyuarat dimulakan dengan penyampaian amanat Panglima 3 Div, yang berkehendakkan setiap formasi dan unit trup divisyen untuk menambahbaik setiap penghasilan kerja bertujuan untuk membawa pembaharuan dan peningkatan di dalam gerak kerja 3 Div, khususnya menjelang tahun 2020 nanti.

Discussion 3 Division's Way Forward in 2020

Taklimat dari setiap cawangan pula turut memperincikan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan termasuk hasil atau keputusan yang dicapai.

Selain itu, perancangan aktiviti bagi tahun 2020 turut menjadi agenda diskusi bagi memastikan setiap perancangan yang disusun akan mencapai objektif yang ditetapkan.

Hadir sama ialah Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mhd Nazri Abdul Rahman, Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Zaidan Atan, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Zawawi Hj Adam, Komander Artileri Divisyen 3 Div, Brig Jen Noor Sazali Puteh, Pemangku Ketua Staf Markas 3 Div, Lt Kol Abdul Rani Abdul Majid serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah Trup Div.

Oleh: Mej Mohammed Fahmi Ishak

Top
%d bloggers like this: