You are here
Home > Parade & Ceremony > New Chief of Staff, MAF HQ Appointed

New Chief of Staff, MAF HQ Appointed

KUALA LUMPUR, 18 Feb 20 – Major-General Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin was promoted to Lieutenant-General and took over the appointment of Chief of Staff, MAF HQ. Colonel Rizuan Abu Bakar as promoted to acting Brigadier-General and took over the appointment of Chief of Staff, Army Field Command East.


KUALA LUMPUR, 18 Feb 20 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang telah berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Seramai 47 orang Pegawai TD telah dinaikkan pangkat dari pelbagai Kor termasuk Pegawai Tugas Khas, Kolonel Kehormat dan Pegawai Sukarela.

Antara yang dinaikkan pangkat adalah Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin ke Leftenan Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK ATM. Seterusnya, Kolonel Rizuan Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke pemangku Brigedier Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Perkhidmatan MK PMTTD.

Panglima Tentera Darat turut memakaikan pangkat Kolonel (Kehormat) kepada Dato’ Wan Shaharuddin bin Wan Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Sdn Bhd yang menjawat jawatan sebagai Ahli JAKPAW KEMENTAH dan Prof Datuk Wira Dr Raha binti Abdul Rahim, Naib Canselor UTeM dan menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES UTeM. Panglima Tentera Darat turut menyerahkan buku kompilasi DMPTD kepada Prof Datuk Wira Dr Raha binti Abdul Rahim sebagai cenderahati.

Seramai 6 orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari Leftenan Kolonel ke pangkuan Kolonel, 19 orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari Mejar ke pangkuan Leftenan Kolonel, 3 orang Pegawai Sukarela telah ditauliahkan semula kepada pangkat Leftenan Kolonel dan 15 anggota LLP telah ditauliahkan sebagai pegawai Senarai Tugas Khas (STK) berpangkat Leftenan Muda.

Panglima Tentera Darat dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua yang dinaikkan pangkat serta berpesan bahawa tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah seiring dengan pangkat yang diberikan.

Turut hadir adalah Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan (Dr) Mohd Amin bin Muslan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Seri Noor Akmar binti Yaakob, Timb Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Norhanita binti A. Hamid dan Pegawai Kanan Tentera Darat.

Top
%d bloggers like this: