You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian Army Promotion Ceremony

Malaysian Army Promotion Ceremony

A total of 20 senior Army officers from various corps were promoted during a ceremony attended by Chief of Army, Gen Datuk Zamrose Mohd Zain, at the Zulkifeli Zin Hall, Army Officer Building on 10 July 2020.

LG Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi appointed as new Army Eastern Field Commander.
LG Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi appointed as new Army Eastern Field Commander.

The promotion began with MG Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi being promoted to Lieutenant-General and appointed as Army’s Eastern Field Commander and BG Mohd Isa Jaafar being promoted to Major-General and appointed as Chief of Staff, Army Headquarters.


KUALA LUMPUR: Seramai 20 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat pada 10 Jul 2020.

Kenaikan pangkat dimulai dengan Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi yang dinaikkan pangkat Lt Jen serta menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Brig Jen Mohd Isa Jaafar dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas Tentera Darat.

MG Mohd Isa Jaafar appointed as Chief of Staff, Army HQ
MG Mohd Isa Jaafar appointed as Chief of Staff, Army HQ.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kol Ahmad Faiezzelan Abdul Karim yang dinaikkan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah, Wisma Transit Kuala Lumpur.

Bagi kenaikan pangkat Lt Kol ke Kol seramai lima pegawai kanan TD dinaikkan pangkat manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol melibatkan seramai 11 pegawai kanan TD.

Selain itu seorang pegawai kanan TD turut dipakaikan pangkat Kol Sukarela iaitu Lt Kol Syed Nasir Sayed Mahadi dan menjawat jawatan Komander Rejimen 503 Azkar Wataniah.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat dan mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kualiti perkhidmatan yang telah ditunjukkan.

“Nasihat saya, jadikanlah anugerah pangkat ini sebagai pemangkin semangat untuk saudara memberi perkhidmatan yang terbaik dalam jawatan yang bakal disandang nanti,” tegas PTD.

Tambahnya lagi harapan pucuk pimpinan adalah jauh lebih tinggi dan beliau berkehendakkan supaya pegawai kanan TD yang dinaikkan pangkat dapat memberi sepenuh tumpuan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tugas yang diamanahkan.

“Laksanakanlah tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur dan amanah serta jadikan nilai-nilai murni ini sebagai asas pegangan yang akan menjamin kecemerlangan kerjaya saudara pada masa hadapan,” nasihat PTD lagi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya dan Pbt Muhammad Shukri Suhaimi

Top
%d bloggers like this: