You are here
Home > Human Capital > Promotion of Deputy Director-General of Defence Intelligence and Senior Army Officers

Promotion of Deputy Director-General of Defence Intelligence and Senior Army Officers

KUALA LUMPUR, 23 Sep 2020: Leading the list, Brig Gen Mohd Anuar Mohamad Ali who was promoted from Brig Gen to Maj Gen and held the position of Deputy Director-General of Defence Intelligence (TKPPP), the new Defence Intelligence Staff Division (DISD).

Col Mohd Nazaruddin Mohd Nazir was promoted to Brig Gen and held the position of Director of the National Operations Management Center (PPON), National Security Council while Col Muhamad Fanashim Benson Hashim was promoted to Brig Gen and held the post of Director General of Doctrine, Army Command Training and Doctrine Headquarters and Col. Muhamad Azmi Wahab was promoted to Brig Gen and held the position of Deputy Director General of Operations and Human Development, Armed Forces Religious Corps Direction Department.


KUALA LUMPUR: Seramai 19 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 23 Sep 2020.

Mendahului senarai, Brig Jen Mohd Anuar Mohamad Ali yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (TKPPP), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) yang baharu.

Deputy Director-General of Defence Intelligence Maj Gen Mohd Anuar Mohamad Ali.

Majlis diteruskan dengan tiga pemakaian pangkat Kol ke Brig Jen iaitu Kol Mohd Nazaruddin Mohd Nazir yang dinaikkan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara manakala Kol Muhamad Fanashim Benson Hashim dinaikkan pangkat serta menjawat jawatan Ketua Pengarah Doktrin, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat dan Kol Muhamad Azmi Wahab dinaikkan pangkat serta memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera.

Selain itu seramai lima pegawai TD dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol melibatkan seramai 10 pegawai kanan TD.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat dan menasihati supaya memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam jawatan yang baru disandang.

“Kenaikan pangkat ini hadir bersama tanggungjawab dan harapan yang jauh lebih tinggi daripada pemerintah atasan.

“Saya berkehendakkan agar saudara dan saudari memberi sepenuh tumpuan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tugas yang diamanahkan,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, kepimpinan yang terpuji adalah hasil daripada tindakan yang memberi kesan dan pengaruh positif serta dapat menginspirasikan orang lain ke arah kecemerlangan.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Top
%d bloggers like this: