You are here
Home > Ops & Training > Malaysian RMN/RMAF Operations and Training Working Committee Meeting 27/20

Malaysian RMN/RMAF Operations and Training Working Committee Meeting 27/20

PERAK, 27 Oct 2020 – Chief of Staff of the Air Operations Headquarters (MPOU), Maj Gen Felix Gonsalvez S/O S. Alexander RMAF together with the Deputy Commander of the Western Fleet, FADM Yusnee bin Mokhtar chaired the RMN/RMAF Operations and Training Working Committee Meeting (J2K OPLAT) Series 27/20 at Intan Ballroom Meeting Room, The Orient Star Hotel, Lumut, Perak. This series of meeting is hosted by the RMN this time round.

This meeting was held to coordinate and discuss issues and solutions related to operations, exercises and training between the RMAF and RMN. Apart from that, this meeting also aims to refine any proposal or agenda to be raised to the next J2K OPLAT Meeting. Among the main issues discussed is the planning of Exercise ANGSA between RMAF and RMN which will be implemented again starting in 2021. Exercise ANGSA is the best platform for these two services to enhance and improve aspects of operational efficiency, exercise, training and cooperation holistically based on current doctrines that have been updated.

RMAF and RMN are two important MAF entities in monitoring and ensuring that the country’s maritime sovereignty is always protected and free from any form of military and non-military threats that are maritime-dominated.

Earlier, the MPOU Chief of Staff paid a courtesy call on the Western Fleet Commander at the Western Fleet Command Headquarters to exchange views and closed discussions on current operations between the RMAF and RMN. The RMAF delegation consists of senior RMAF officers from MPOU and MTU who are directly involved in the conduct of operations, exercises and training. It is hoped that all joint decisions reached during the meeting will be translated into successful implementation in the future.


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA OPERASI DAN LATIHAN (J2K OPLAT) TLDM/TUDM SIRI 27/20

PERAK, 27 Okt 2020 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Mej Jen Felix Gonsalvez S/O S.Alexander TUDM bersama Panglima Armada Barat, Laksma Yusnee bin Mokhtar telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Operasi dan Latihan (J2K OPLAT) TLDM/TUDM Siri 27/20 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Intan Ballroom, Hotel The Orient Star, Lumut, Perak. Mesyuarat siri kali ini, TLDM telah menjadi tuan rumah mengikut penggiliran.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengkoordinasikan dan membincangkan perkara serta penyelesaian masalah berkaitan operasi, eksesais dan latihan antara TUDM dan TLDM. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk memperhalusi sebarang cadangan atau agenda bagi diangkat ke Mesyuarat J2K OPLAT akan datang. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah perancangan Eksesais ANGSA di antara TUDM dan TLDM yang akan dilaksanakan semula mulai tahun 2021. Eksesais ANGSA merupakan platform terbaik bagi kedua-dua perkhidmatan ini mempertingkat dan menambahbaik aspek kecekapan operasi, eksesais, latihan serta kerjasama secara holistik dengan berpandukan kepada doktrin-doktrin semasa yang telah dikemaskinikan.

TUDM dan TLDM merupakan dua entiti ATM yang penting di dalam mengawasi dan memastikan kedaulatan maritim negara sentiasa terpelihara serta bebas daripada sebarang bentuk ancaman ketenteraan dan bukan ketenteraan yang berdomainkan maritim.

Terdahulu, Ketua Staf MPOU telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Armada Barat bertempat di Markas Pemerintahan Armada Barat bagi bertukar buah fikiran serta perbincangan tertutup mengenai operasi semasa di antara TUDM dan TLDM. Delegasi TUDM terdiri daripada pegawai-pegawai kanan TUDM dari MPOU dan MTU yang terlibat secara langsung di dalam pelaksanaan operasi, eksesais dan latihan. Adalah diharapkan segala keputusan bersama yang dicapai semasa mesyuarat tersebut akan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk kejayaan pelaksanaanya kelak.

Top
%d bloggers like this: