You are here
Home > Parade & Ceremony > Major-General Dato’ Hj Mohd Halim Khalid Appointed as Malaysian Army 5th Division Commander

Major-General Dato’ Hj Mohd Halim Khalid Appointed as Malaysian Army 5th Division Commander

KOTA KINABALU: 7 Jan 2021. The Change of Command Ceremony of the 5th Division Commander was held at the 5 Division Headquarters Operations Room. The ceremony was held in a new norm with the event witnessed by Lt Gen Dato’ Mardzuki Muhammad, Army Eastern Field Commander via video conference.

5th Division Commander Maj Gen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan handed over his appointment to Maj Gen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid as the third Commander of the 5th Division.

Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim bin Khalid taking over as the third 5th Division Commander.
Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim bin Khalid taking over as the third 5th Division Commander.

Also present were Brig Gen Zambery Jefry Hj Darus, Commander of the 5th Brigade; Brig Gen Abdul Razak Hussain, Commander of the 13th Brigade; Col Shamsuri Hj Noordin, Chief of Staff 5th Division Headquarters, senior officers of the Army Eastern Field Command Headquarters and 5th Division Headquarters.

Members of the 5th Division expressed their deepest gratitude for all the contributions and services by Maj Gen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan during his service as the Commander of 5th Division.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 5 DIVISYEN KOTA KINABALU

7 Jan 2021, Majlis Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen telah berlangsung di Bilik Gerakan Markas 5 Divisyen. Majlis yang diadakan secara norma baharu dengan acara telah disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat secara sidang video.

Majlis menandatangani nota serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa peralihan tampuk kepimpinan Panglima 5 Divisyen daripada Mej Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan kepada Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid sebagai Panglima 5 Divisyen ke-3.

Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim bin Khalid taking over as the third 5th Division Commander.

Acara telah dimulakan dengan pemeriksaan kawalan suku dan seterusnya Mej Jen Dato’ Hj Mohd Halim Khalid diperkenalkan kepada barisan pegawai-pegawai staf Markas 5 Divisyen. Simbolik hari mula pertama Panglima 5 Divisyen telah diadakan di pejabat beliau dan acara taklimat perkara tadbir, latihan dan logistik telah disampaikan oleh pegawai-pegawai staf bertempat di Bilik Gerakan, Markas 5 Divisyen.

Turut hadir adalah Brig Jen Zambery Jefry Hj Darus,Panglima 5 Briged; Brig Jen Abdul Razak Hussain,Panglima 13 Briged; Kol Shamsuri Hj Noordin,Ketua Staf Markas 5; Divisyen,pegawai-pegawai kanan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dan Markas 5 Divisyen.

Seluruh warga 5 Divisyen merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas segala sumbangan bakti dan jasa kepada Mej Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Panglima 5 Divisyen ke-2 dan akan bertukar keluar ke Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.

Top
%d bloggers like this: