KUALA LUMPUR, 22 November 2021 – A study and analysis on the achievements of the Malaysian Army (TDM) throughout the year 2021 is very important in planning TDM activities for the year 2022 so that future achievements can be improved.
Everything was summarized, scrutinized and discussed in the Army Chief Committee Meeting (JKPTD) Series 3/2021, which was held at Wisma Perwira Tentera Darat, Sungai Besi Perdana Camp. The meeting was chaired by the Chief of Army (COA), General Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, today.
The main purpose of the meeting was to consider, review and approve policy matters related to governance, organization, operations, training, doctrine, administration and development of Malaysian Army, based on the TDM Strategic Plan. A total of 13 papers and six (6) briefings were presented during this series of meetings.
Indeed, the conduct of this meeting is in line with the Second Pillar of the 28th COA Superior Order, namely “Empowering Organizational Integrity”, which emphasizes the aspect of strengthening force integration and strengthening TDM governance in determining the direction towards a more dynamic and superior force.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#Second Pillar
HALA TUJU TENTERA DARAT MALAYSIA TAHUN 2022, DIPERINCI
KUALA LUMPUR, 22 November 2021 – Kajian dan analisis ke atas pencapaian Tentera Darat Malaysia (TDM) sepanjang Tahun 2021 adalah amat penting dalam merangka perancangan aktiviti TDM bagi Tahun 2022 supaya pencapaian akan datang dapat dipertingkatkan.
Segalanya dirangkum, diteliti dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat (JKPTD) Siri 3/2021, yang dilaksanakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, pada hari ini.
Tujuan utama mesyuarat dilaksanakan adalah untuk menimbang, mengkaji dan meluluskan perkara-perkara dasar berkaitan dengan pemerintahan, organisasi, operasi, latihan, doktrin, pentadbiran dan pembangunan TD berdasarkan kepada Pelan Strategik TDM. Sebanyak 13 kertas kerja dan enam (6) taklimat telah dibentangkan semasa mesyuarat siri kali ini.
Sesungguhnya, pelaksanaan mesyuarat ini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke – 28 iaitu “Memperkasakan Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada aspek pengukuhan kesepaduan angkatan dan pemantapan tadbir urus TDM dalam menentukan hala tuju ke arah angkatan yang lebih dinamik dan unggul.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKedua