You are here
Home > Human Capital > Graduation Ceremony for Malaysian Command and Staff Course 50/2021

Graduation Ceremony for Malaysian Command and Staff Course 50/2021

8 Dec 21 – General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF, Chief of Defence Force, attended the Graduation Ceremony and Presentation of Diploma in Malaysian Command and Staff Course (KPSM) Series 50/2021 at the Main Auditorium, National Defence College (PUSPAHANAS), Putrajaya.

The course began on 4 January 2021 and was attended by selected military officers from the three services of the Malaysian Army, Royal Malaysian Navy and Royal Malaysian Air Force, RMP, MMEA as well as 36 military officers from abroad.

A total of 165 course participants consisting of 81 Army officers, 23 officers from RMN, 23 officers from RMAF, one officer each from MMEA and RMP as well as 36 foreign military officers attended the course. The KPSM Curriculum Series 50/2021 had been divided into 3 modules, namely the Policy and Strategy Studies Module, the Command, Leadership and Management Module and the Military Studies Module which are organised in 3 semesters for a year.

Congratulations to Lt Kdr Wrighton Buan ak Kassy RMN, recipient of the HAIGATE Award: Best Military Module. The award covers his achievements in all the Military Modules he has studied throughout the semester.

Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany was among the leaders of the Malaysian Armed Forces who attended the ceremony today.


8 Dis 21 – Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, telah menyempurnakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 50/2021 di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Kursus ini bermula pada 4 Januari 2021 dan dihadiri oleh pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, PDRM, APMM serta 36 orang pegawai tentera dari luar negara.

Seramai 165 peserta kursus terdiri dari 81 orang pegawai TDM, 23 orang pegawai dari TLDM, 23 orang pegawai dari TUDM, seorang pegawai masing-masing dari APMM dan PDRM serta 36 orang pegawai tentera luar negara telah menghadiri kursus ini. Kurikulum KPSM Siri 50/2021 telah dibahagikan kepada 3 modul iaitu Modul Pengajian Polisi dan Strategi, Modul Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan serta Modul Pengajian Ketenteraan yang dianjurkan dalam 3 semester selama setahun.

Tahniah diucapkan kepada Lt Kdr Wrighton Buan ak Kassy TLDM, penerima Anugerah HAIGATE: Modul Ketenteraan Terbaik. Anugerah ini merangkumi pencapaian beliau dalam kesemua Modul Ketenteraan yang telah dipelajari sepanjang semester.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany antara barisan pemimpin Angkatan Tentera Malaysia yang menghadiri majlis hari ini.

Top
%d bloggers like this: