DENGKIL, 19 December 2021 – The Malaysian Army (TDM) through the 11th Malaysian Infantry Brigade (11 Bde) in Op MURNI has organized an operation to help and rescue flood victims stranded around Taman Mutiara, Dengkil.
The flood relief involved TDM personnel and assets from 11 Bde, Royal Malaysian Police (RMP) Sepang District Police Headquarters (IPD), Sepang District Fire and Rescue Department (JBPM), Sepang District Civil Defence Department (JPAM) and local residents assist in the evacuation of flood victims and essential items to safe evacuation areas.
The Malaysian Armed Forces (MAF) is an organisation that is able to provide assistance to other central agencies such as the National Disaster Management Agency (NADMA). Among the assistance that can be provided by the MAF is to support MOOTW such as Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).
Such humanitarian assistance is in line with the Fifth Pillar of the 28th COA Supreme Order, namely, “Improving the Army’s Relations with the Civilian”, which focuses on the aspect of building confidence and people’s recognition of TDM.
TENTERA DARAT BANTU MANGSA BANJIR
DENGKIL, 19 Disember 2021 – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) dalam Op MURNI telah diatur gerakkan untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di sekitar kawasan Taman Mutiara, Dengkil.
Bantuan banjir tersebut melibatkan anggota dan aset TDM melalui Kem 11 Bgd, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Sepang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Sepang dan penduduk setempat telah membantu dalam pemindahan mangsa-mangsa banjir dan barangan-barangan penting ke kawasan perpindahan yang selamat.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan satu organisasi yang berkemampuan memberikan bantuan kepada agensi-agensi pusat yang lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Antara bantuan yang boleh diberikan oleh ATM ialah melaksanakan MOOTW seperti bantuan kemanusiaan semasa bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief, HADR).
Bantuan kemanusiaan sebegini ini adalah seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.