You are here
Home > Ops & Training > Soldier Missing During Exercise Para Predator River Crossing Exercise

Soldier Missing During Exercise Para Predator River Crossing Exercise

The Public Relations Cell of the Malaysian Army Headquarters has issued the following statement:-

The Malaysian Army (TDM) confirmed the incident involving a TDM member from 10 Brigade Para, 10 Bde (Para), Lance Corporal Mohamad Azrin bin Mohamad Isa, a reconnaissance member of the Pathfinder Company (Para) who was believed to have drowned and disappeared while undergoing infiltration training crossing the Pahang River for the Exercise PARA PREDATOR Series 1/2021 in the General Area, Bera, Pahang.

During the incident, exercise personnel were carrying out the Tactical Training Phase on River Crossing around Kampung Batu Bor. The incident happened on 29 August 2021 at 4.40 pm.

TDM has mobilized search and rescue operations but no findings have been made so far. A search and rescue operation (OP SAR) with the Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) Zone 2 Pahang was carried out at the scene on 29 August 21 at 4.50 pm. The OP SAR was also assisted by the Royal Malaysian Police (PDRM), the Malaysian Civil Defense Force (APM) and the villagers in the area where the victim was last seen.

On 29 August 21 at 7.00 pm, search and rescue operations were temporarily suspended due to darkening weather conditions and OP SAR resumed today.

Any developments on the incident will be notified from time to time.

TDM hopes that the community does not make any speculations that could disrupt the search mission as well as to protect the feelings of the victims’ next of kin.

-END-


INSIDEN ANGGOTA TENTERA HILANG DI SUNGAI PAHANG SEMASA MENJALANI LATIHAN MENYEBERANGI SUNGAI

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:-

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan insiden yang melibatkan seorang anggota TDM daripada 10 Briged Para (10 Bgd Para) iaitu Lans Koperal Mohamad Azrin bin Mohamad Isa yang merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.

Semasa kejadian, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor. Kejadian berlaku pada 29 Ogos 2021 jam 4.40 petang.

TDM telah menggerakkan anggota operasi dan menyelamat namun tiada penemuan sehingga kini. Operasi mencari dan menyelamat (OP SAR) bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang telah dilaksanakan di tempat kejadian pada 29 Ogos 21 jam 4.50 petang. OP SAR ini turut juga dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung di kawasan di mana mangsa kali terakhir dilihat.

Pada jam 29 Ogos 21 jam 7.00 petang, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara kerana keadaan cuaca yang semakin gelap dan OP SAR disambung pada hari ini.

Sebarang perkembangan tentang kejadian tersebut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

TDM berharap agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu misi pencarian ini serta bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat.

-TAMAT-

One thought on “Soldier Missing During Exercise Para Predator River Crossing Exercise

Comments are closed.

Top
%d bloggers like this: