You are here
Home > Ops & Training > MAF Prioritises Efforts to Rescue Flood Victims

MAF Prioritises Efforts to Rescue Flood Victims

Chief of Defence Force General Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang RMAF stressed that the Malaysian Armed Forces (MAF) placed the safety of the people, especially flood victims as a priority to ensure that any efforts involving the management of flood disasters can be coordinated in an organized and effective manner.

This is not the time for any party to lay the blame so as to disrupt and jeopardize any rescue efforts as well as evacuate those affected by this disaster.

What is important here is close cooperation with each other by placing the interests of the safety of the victims as a top priority. Any effort undertaken is based on the concept of Whole of Government Approach to ensure that each agency involved, coordinated by NADMA, can be mobilized jointly and effectively. Any shortcomings in this aspect of flood management is the joint task of each agency to find solutions in improving the operations implemented and in the future.

It is stressed that the MAF is always committed to perform its secondary duties, to assist the Civil Authorities coordinated by NADMA in rescuing victims affected by floods, especially efforts to evacuate them to safe areas.

At the same time, the flood victims are also expected to give full cooperation to the security forces for the smooth operation and well-being and safety of all.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#KeluargaMalaysia
#banjir2021


π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” : 𝗔𝗧𝗠 π—¨π—§π—”π— π—”π—žπ—”π—‘ 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—•π—”π—‘π—π—œπ—₯

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keselamatan rakyat terutama mangsa banjir sebagai keutamaan untuk memastikan sebarang usaha melibatkan pengurusan bencana banjir ini dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.

Ini bukan masa untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan sehingga boleh mengganggu dan menjejaskan sebarang usaha menyelamat serta memindahkan mereka yang terkesan akibat bencana ini.

Apa yang penting di sini adalah kerjasama padu antara satu sama lain dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa sebagai keutamaan yang perlu didahulukan. Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep Whole of Government Approach bagi memastikan setiap agensi terlibat yang dikoordinasikan oleh NADMA, dapat digembleng secara bersama dan berkesan. Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir ini adalah tugas bersama setiap agensi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan di masa-masa akan datang.

Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa komited melaksanakan tugas sekundernya terutama membantu Pihak Berkuasa Awam yang dikoordinasikan NADMA dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.

Pada masa yang sama, mangsa-mangsa banjir yang terlibat juga diharapkan dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan demi kelancaran operasi yang dilaksanakan serta kesejahteraan dan keselamatan semua.

Top
%d bloggers like this: