You are here
Home > Ops & Training > MAF’s Coastal Surveillance Station Radar Successfully Saved Drowning Crew

MAF’s Coastal Surveillance Station Radar Successfully Saved Drowning Crew

SANDAKAN, 1 January 2022-The effectiveness of the CSS Radar (Coastal Surveillance Station) monitoring by the Malaysian Armed Forces (ATM) operated by the Joint Task Force 2 (ATB 2) managed to help 10 crew members and a Filipino skipper from drowning when a fishing boat theirs sank outside the borders of Malaysian waters in an incident that occurred at 9.50am yesterday.

In the incident, CSS Radar successfully detected the sinking fishing boat about 2.3 nautical miles northeast of Pulau Bakungan Kecil and the information was reported to the Malaysia Maritime Command Center (MCC) which immediately informed the Philippine Maritime Command Center (MCC) to coordinate rescue operations.

At around 10.50 am, a rescue operation was carried out by the Philippine Marine Force from Taganak Island and managed to rescue all the crew of the sunken boat and did not suffer any serious injuries. The boat, which is registered as ML RIHANA, is believed to have sunk when there was a leak in the hull due to strong waves.

In addition, KD PAUS was also deployed around the location for monitoring and security and also informed the incident to the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) for further action.

ML RIHANA sinking

ATB 2 Commander, Brigadier General Abdul Karim bin Ahmad also expressed his appreciation for the success and reminded members to always increase their readiness and operational capability to face any eventuality.

According to him, this success proves that the radar system plays an important role in ensuring the success of operations and border security of Sabah’s East Coast Waters is at the highest level.

Source from:
Public Affairs Division, ATB Headquarters 2


𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗥𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗟𝗜𝗣𝗜𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗥𝗔𝗚𝗘𝗗𝗜 𝗕𝗢𝗧 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠

ML RIHANA sinking

SANDAKAN, 1 Januari 2022 – Keberkesanan pemantauan Radar CSS (Coastal Surveillance Station) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dioperasikan oleh Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya membantu 10 orang awak-awak serta seorang tekong warga Filipina daripada lemas apabila bot nelayan milik mereka karam di luar sempadan perairan Malaysia dalam kejadian yang berlaku pada 9.50 pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, Radar CSS telah berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang karam kira-kira 2.3 batu nautika dari Timur Laut Pulau Bakungan Kecil dan maklumat tersebut telah dilaporkan kepada Malaysia Maritime Command Centre (MCC) yang segera memaklumkan Philippine Maritime Command Centre (MCC) untuk menyelaras operasi menyelamat.

Sekitar jam 10.50 pagi, satu operasi menyelamat telah dilaksanakan oleh Pasukan Marin Filipina dari Pulau Taganak dan berjaya menyelamatkan kesemua awak-awak bot karam tersebut serta tidak mengalami sebarang kecederaan parah. Bot yang didaftarkan sebagai ML RIHANA tersebut dipercayai karam apabila berlaku kebocoran di bahagian badan bot kerana pukulan ombak yang kuat.

ML RIHANA

Disamping itu, KD PAUS turut diaturgerakkan ke sekitar lokasi tersebut bagi pemantauan dan keselamatan serta turut memaklumkan kejadian tersebut kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk tindakan selanjutnya.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan tersebut dan mengingatkan anggota agar sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya lagi, kejayaan ini membuktikan sistem radar memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan keselamatan sempadan Perairan Pantai Timur Sabah berada ditahap tertinggi.

Sumber daripada:
Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas ATB 2

Top
%d bloggers like this: