You are here
Home > MY ATM > 2022 Senior Minister New Year Mandate Ceremony

2022 Senior Minister New Year Mandate Ceremony

KUALA LUMPUR, 17 January 2022 – The Chief of Defence Forces (CDF), General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF today accompanied the Senior Minister of Defence, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein to officiate the 2022 Senior Minister New Year Mandate Ceremony at Wisma Perwira MAF this morning.

During the ceremony, the Senior Minister of Defence also reviewed the involvement of the Ministry of Defence and the Malaysian Armed Forces (MAF) throughout 2021 in helping the country fight COVID-19 through the operation of Field Hospitals, vaccination program, Combat Medic Vaccination Team and Greater Klang Valley Task Force, besides playing a vital role in OP BENTENG in order to safeguard the sovereignty of the country including efforts in safeguarding the welfare of MAF personnel including veterans.

The Senior Minister of Defence also revealed the Ministry of Defence’s plans and direction for 2022 through the Action Plan 2022 (PT22) to drive the MAF forward as a sustainable and competitive organization in line with the MAF’s main responsibilities as the main bastion of national sovereignty.

The 8 main thrusts contained in PT22 emphasize the welfare aspects of the MAF personnel, especially in housing issues through Housing Blueprint 3.0 MINDEF, Satu Rumah Satu Anggot Program (SASaR), MAF Veterans Housing Initiative Program and Jiwa Murni Project as well as improving health quality through the addition of Specialist Outreach Clinic and construction of 5 new polyclinics including efforts to empower MAF veterans.

In addition, the capability of MAF was also strengthened through the acquisition of new assets, including the use of rental methods, while continuing to enhance the capacity of existing assets. The Senior Minister of Defence also touched on the development of the LCS Recovery Project Plan which will be tabled in the Cabinet Meeting.

Apart from that, the Senior Minister of Defence also emphasized close cooperation with neighboring countries, especially around ASEAN in facing security threats at the border and vast waters through strategic cooperation such as the Trilateral Cooperative Arrangement between Malaysia, Indonesia and the Philippines, General Border Committee and the organization of DSA 2022 for closer ties with colleagues from around the world.

During the ceremony, he also had the opportunity to present donations to Ministry of Defence personnel who were victims of the floods and the COVID-19 Test Kit contribution to school management in the camp area as well as Back To School donations which are equipment assistance to return to school.

Also present at the ceremony were the Deputy Minister of Defence, YB Dato’ Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Secretary General of the Ministry of Defence, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Service Commanders and Top Management of the Ministry of Defence and senior MAF and civil officials.

#ATMSentiasaBersepadu
#MinDefMalaysia
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama


๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก ๐—”๐—ง๐—  : ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก โ€“ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—ง๐Ÿฎ๐Ÿฎ

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2022 โ€“ Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada hari ini telah mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Menteri Kanan Pertahanan yang diadakan di Wisma Perwira ATM pada pagi ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Kanan Pertahanan turut mengimbas penglibatan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang tahun 2021 dalam membantu negara memerangi COVID-19 menerusi pengoperasian Hospital Medan, program vaksinasi, Combat Medic Vaccination Team dan Greater Klang Valley Task Force selain memainkan peranan utama dalam OP BENTENG demi menjaga kedaulatan negara termasuk usaha-usaha dalam menjaga kebajikan warga ATM termasuk veteran.

Menteri Kanan Pertahanan turut mendedahkan perancangan dan hala tuju Kementerian Pertahanan bagi tahun 2022 menerusi Pelan Tindakan 2022 (PT22) bagi memacu ATM terus kehadapan sebagai sebuah organisasi yang mampan dan berdaya saing sesuai dengan tanggungjawab utama ATM sebagai benteng utama kedaulatan negara.

8 teras utama yang terkandung dalam PT22 menekankan aspek kebajikan warga ATM terutamanya dalam isu perumahan menerusi Blueprint Perumahan 3.0 MINDEF, Program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR), Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM dan Projek Jiwa Murni disamping peningkatan mutu kesihatan menerusi penambahan Specialist Outreach Clinic dan pembinaan 5 poliklinik baharu termasuk usaha-usaha untuk memperkasakan veteran ATM.

Disamping itu, keupayaan aset ATM turut diperkukuhkan menerusi perolehan aset baru termasuk menggunakan kaedah sewaan disamping terus meningkatkan keupayaan aset sedia ada. Menteri Kanan Pertahanan turut menyentuh mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Projek LCS yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan turut menekankan usahasama jitu bersama negara jiran terutamanya di sekitar ASEAN dalam mendepani ancaman keselamatan di sempadan dan perairan yang luas melalui kerjasama strategik seperti Trilateral Cooperative Arrangement di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, General Border Committee serta penganjuran DSA 2022 bagi merapatkan hubungan bersama rakan sejawat dari seluruh dunia.

Dalam majlis tersebut, beliau turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada warga Kementerian Pertahanan yang menjadi mangsa banjir dan sumbangan Test Kit COVID-19 kepada pengurusan sekolah dalam kawasan kem serta sumbangan Back To School yang merupakan bantuan peralatan untuk kembali ke sekolah.

Turut hadir dalam majlis adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datoโ€™ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan ATM dan awam.

Top
%d bloggers like this: