KUALA LUMPUR, 24 January 2022 – The Chief of Defence Force (CDF), General Tan Sri Dato’ Haji Affendi bin Buang RMAF delivered the Chief of Defence Force Message 2022 at the MINDEF Auditorium, Wisma Pertahanan today.
The presentation session began with CDF first recalling the successes achieved by the Malaysian Armed Forces (MAF) throughout 2021. Among the successes achieved by the MAF were efforts to address the COVID-19 pandemic threat, conduct of flood relief, acquisition of new assets , safeguarding the welfare of MAF personnel and veterans as well as performing key duties to ensure the security and sovereignty of the country is protected from any enemy threats.
In facing the year 2022, Tan Sri CDF has stated three priorities for 2022, among them continuing the 4 Core CDF Command Thrusts, namely Empowering MAF Asset Readiness, Empowering Outstanding MAF Personnel, Strengthening MAF Capabilities in Cyber Domain and Translating Defense White Papers.
Next, the priority that needs to be emphasized is to ensure that the management of financial allocations received is spent wisely. The financial allocation channeled to the MAF for national defense is RM 15.4 billion, an increase of RM 0.4 billion compared to the previous year. Thus, the allocation given needs to be utilized and looked at holistically in determining the actual needs desired.
The third priority is to see the latest editions of the National Military strategy documents 2.0 and 4DMAF that have been launched this year. According to Tan Sri, these two documents need to be understood as they were the main reference in pursuing the Force development agenda as intended in the Defense White Paper.
The CDF also stressed that in order to achieve these three priorities, all MAF staff must be more realistic to move forward by changing the way of thinking and looking at things or needs to ensure that the needs of the current situation can be met. The concepts of ‘learn’, ‘unlearn’ and ‘relearn’ must always be adapted and applied in order to be a relevant, innovative and competitive first-class military citizen.
At the end of his message, Tan Sri CDF also called on all MAF personnel to always be united and work together to achieve success. Cooperation between the three branches of services must be strengthened and synergized in harmony.
AMANAT PANGLIMA ANGKATAN TENTERA TAHUN 2022
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyampaikan Amanat Panglima Angkatan Tentera Tahun 2022 bertempat di Auditorium MINDEF, Wisma Pertahanan pada hari ini.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Pegawai Kanan Tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM) menyaksikan penyampaian amanat tersebut.
Sesi penyampaian amanat tersebut dimulakan dengan Tan Sri PAT terlebih dahulu mengimbau kejayaan yang telah dicapai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang tahun 2021. Antara kejayaan yang berjaya dicapai oleh ATM adalah usaha menangani ancaman pandemik COVID-19, melaksanakan bantuan banjir, perolehan aset baharu, menjaga kebajikan warga dan veteran ATM di samping melaksanakan tugas-tugas utama bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.
Dalam mendepani tahun 2022, Tan Sri PAT telah menyatakan tiga keutamaan bagi tahun 2022 antaranya meneruskan 4 Teras Perintah Ulung PAT, iaitu Memperkasakan Kesiagaan Aset ATM, Memperkasa Warga ATM Yang Cemerlang, Mengukuhkan Keupayaan ATM dalam Domain Siber dan Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan.
Seterusnya, keutamaan yang perlu dititikberatkan ialah memastikan pengurusan peruntukan kewangan yang diterima dibelanjakan dengan sebijak-bijaknya. Peruntukan kewangan yang disalurkan kepada ATM bagi pertahanan negara adalah sebanyak RM 15.4 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM 0.4 bilion berbanding tahun sebelumnya. Justeru, peruntukan yang diberi perlu dimanfaatkan dan melihat secara holistik dalam menentukan keperluan sebenar yang diinginkan.
Keutamaan ketiga adalah untuk melihat edisi terkini dokumen strategi Ketenteraan Negara 2.0 dan 4DMAF yang telah dilancarkan pada tahun ini. Menurut Tan Sri PAT, kedua-dua dokumen ini perlu difahami kerana ianya merupakan rujukan utama dalam meneruskan agenda pembangunan Angkatan sebagaimana yang dihasratkan di dalam Kertas Putih Pertahanan.
Tan Sri PAT turut menegaskan bahawa untuk menjayakan ketiga-tiga keutamaan tersebut, seluruh warga ATM harus bersikap lebih realistik untuk bergerak ke hadapan dengan mengubah cara berfikir dan melihat sesuatu perkara atau keperluan bagi memastikan kehendak situasi semasa dapat dipenuhi. Konsep ‘learn’, ‘unlearn’ dan ‘relearn’ harus sentiasa diadaptasi dan diaplikasi agar dapat menjadi warga tentera kelas pertama yang relevan, inovatif dan berdaya saing.
Di penghujung amanatnya, Tan Sri PAT turut menyeru seluruh warga ATM untuk sentiasa bersatu hati dan saling bekerjasama demi mencapai kejayaan. Kerjasama antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan mestilah dieratkan dan disinergi dengan harmoni.
AngkatanTenteraMalaysia
TenteraDaratMalaysia
GagahSetia