You are here
Home > Ops & Training > MAF Commando Ready to be Deployed to Sabah

MAF Commando Ready to be Deployed to Sabah

The Malaysian Armed Forces (MAF) special forces are ready to be deployed to control areas considered ‘blind spots’, in an effort to strengthen and improve the level of security in Sabah.

Commander of 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Major General Nubli Hashim said the strength of the special forces comprising elite naval, air and ground forces, was being enhanced from time to time, Bernama reported.

The involvement of these special forces is important, because their operational concept is able to monitor ‘blind spots’, which cannot be controlled in large groups.

“They move in small and high-capacity groups and can be arranged to move quickly,” he told reporters after witnessing the Gempur Bara Exercise Series 1/2022 held at Pulau Siamil in Semporna, today.

Meanwhile, Joint Task Force 2 (JTF 2) Commander Brigadier General Abdul Karim Ahmad said his party was not intimidated by any threats from outsiders, instead it was able to respond beyond expectations.

In the meantime, he said the addition of high-tech assets such as radar in the Eastern Sabah Safe Zone (ESSZone), had succeeded in curbing cross-border crime, including attempts by illegal immigrants to sneak into Sabah.

He said the military team through ATB 2 foiled five attempts to enter illegal immigrants in Tawau, with 57 immigrants arrested last month.

“The deployment of personnel and the addition of high -tech equipment help curb external threats,” he said.

On the Gempur Bara Exercise, Abdul Karim said the five -day training, which ended today, involved military special forces and VAT69 from the Royal Malaysian Police (PDRM).

He said it was aimed at testing the level of competence on the tasks and roles that needed to be performed involving all elements of the special forces under the control of JTF 2 operations, which was carrying out Op Pasir on the east coast of Sabah.


Komando ATM siap siaga ke Sabah

Pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia diatur gerak bagi mengawal kawasan dianggap ‘blind spot’, dalam usaha memperkukuh dan mempertingkatkan tahap keselamatan di Sabah.

Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Nubli Hashim berkata kekuatan pasukan khas terdiri daripada pasukan elit tentera laut, udara dan darat ini, dipertingkatkan dari semasa ke semasa, lapor Bernama.

“Penglibatan pasukan khas ini penting, kerana konsep operasi mereka mampu mengawasi kawasan ‘blind spot’, yang tidak boleh dikawal secara dalam kumpulan besar.

“Mereka bergerak dalam kumpulan kecil dan berkeupayaan tinggi serta dapat diatur gerak dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Eksesais Gempur Bara Siri 1/2022 yang diadakan di Pulau Siamil di Semporna, hari ini.

Sementara itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pihaknya tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada pihak luar, sebaliknya mampu bertindak balas di luar dugaan.

Dalam pada itu, beliau berkata penambahan aset berteknologi tinggi seperti radar di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), berjaya mengekang jenayah rentas sempadan termasuk cubaan pendatang haram menyelinap masuk ke Sabah.

Menurutnya pasukan tentera melalui ATB 2 menggagalkan lima percubaan masuk pendatang haram di Tawau, dengan 57 pendatang ditahan pada bulan lepas.

“Penempatan anggota dan penambahan peralatan teknologi tinggi membantu mengekang ancaman luar,” katanya.

Mengenai Eksesais Gempur Bara, Abdul Karim berkata latihan selama lima hari yang berakhir hari ini, membabitkan pasukan khas tentera serta VAT69 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya ia bertujuan menguji tahap kompetensi terhadap tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan melibatkan semua elemen pasukan khas yang berada di bawah kawalan operasi ATB 2, yang sedang melaksanakan Op Pasir di pantai timur Sabah.

Top
%d bloggers like this: