You are here
Home > Parade & Ceremony > Chief of Air Force is Happy with Readiness Level of Bukit Lunchu

Chief of Air Force is Happy with Readiness Level of Bukit Lunchu

BUKIT LUNCHU, 16 FEB 22 – The Chief of Air Force (CoAF), Gen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad RMAF today continued his working visit to the 323 Bukit Lunchu Squadron. Also accompanying during this working visit was the wife of CoAF, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam as the Chairwoman of the Air Force BAKAT (JTBU) who visited.

The working visit of CoAF is to see for himself the level of readiness of the RMAF assets in monitoring and performing the main role of defending the sovereignty of the country’s airspace. The arrival of CoAF with the delegation was welcomed by the Commanding Officer of 323 Squadron, Maj Mohd Dzul Helmy bin Mahat RMAF and Squadron officers. The Air Force Commander’s visit was started by signing the official visit book followed by listening to a briefing on the Squadron’s operations delivered by the Squadron Commanding Officer. In this visit program, the CoAF also witnessed the handing over of the 450 KVA Generator Set (Genset) contract book from the Public Works Department (JKR) to the 323 Squadron. This generator serves to supply backup electricity if the main electricity supply is cut off. It is important to ensure that the readiness of the 323 Squadron is always at its best.

The CoAF as the top leadership of the RMAF made the face-to-face meeting with RMAF personnel as one of his working visit agenda. He was kind and spent time meeting and socializing with the members of the 323 Squadron. At this meeting session, the Gen Ackbal thanked all the members of the 323 Squadron who always performed their duties and responsibilities with full dedication. He was also satisfied with the successful improvement and maintenance of radar carried out by Squadron 323 in order to monitor the country’s airspace and maintain the sovereignty of the airspace so that the RMAF will always be a sustainable organization.

READ ALSO: New Long-Range Air Defence Radar To “Monitor” Southern Malaysia

At the same time, the Chairwoman of JTBU, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam also took the time to meet with all members of BAKAT Udara Squadron 323. Prioritizing the welfare of members and families, Puan Sri Norainy presented a charity donation to a member of BAKAT Udara who was infected with COVID-19 and an Air BAKAT member who has a child with a chronic illness. He also thanked all the members who always gave their commitment and responsibility to Air BAKAT. He also reminded to always maintain the friendship between the members of BAKAT Udara and the relationship like a family so that BAKAT Udara can carry out the main task of its establishment, which is based on charity.

Also accompanying the CoAF on this working visit were the Commander of Air Region 1, Maj Gen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin RMAF; Maj Gen Dato’ Ir Razip bin A. Samad RMAF; MPPLU Chief of Staff, Brig Gen Abdul Halim bin Othman RMAF; as well as senior RMAF officers who were also accompanied by their wives.


LAWATAN KERJA PANGLIMA TENTERA UDARA KE SKUADRON 323 BUKIT LUNCHU

BUKIT LUNCHU, 16 FEB 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah meneruskan lawatan kerja ke Skuadron 323 Bukit Lunchu. Turut serta mengiringi semasa lawatan kerja ini ialah isteri Panglima Tentera Udara, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU) yang membuat lawatan ke atas BAKAT Udara.

Lawatan kerja Panglima Tentera Udara adalah bagi melihat sendiri tahap kesiagaan aset TUDM dalam memantau dan melaksanakan peranan utama dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara. Ketibaan Panglima Tentera Udara bersama delegasi telah disambut oleh Pegawai Memerintah Skuadron 323, Mej Mohd Dzul Helmy bin Mahat TUDM dan pegawai-pegawai Skuadron. Lawatan Panglima Tentera Udara telah dimulakan dengan menandatangani buku lawatan rasmi seterusnya mendengar taklimat pengoperasian Skuadron yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Skuadron. Di dalam program lawatan ini juga, Panglima Tentera Udara turut menyaksikan penyerahan buku kontrak Generator Set (Genset) 450 KVA daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak Skuadron 323. Genset ini berfungsi membekalkan elektrik sokongan sekiranya bekalan elektrik utama terputus. Ianya penting bagi menjamin kesiagaan Skuadron 323 sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Panglima Tentera Udara sebagai pucuk pimpinan tertinggi TUDM menjadikan program bertemu muka bersama warga TUDM sebagai antara agenda lawatan kerja beliau. Beliau menyantuni dan meluangkan masa berjumpa dan beramah mesra bersama warga Skuadron 323. Di sesi perjumpaan ini, Panglima Tentera Udara mengucapkan terima kasih kepada semua warga Skuadron 323 yang sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Beliau juga turut berpuashati dengan kejayaan penambahbaikan dan penyelengaraan radar yang dilaksanakan oleh Skuadron 323 demi memantau ruang udara negara dan menjaga kedaulatan ruang udara.Beliau turut mengingatkan kepada semua warga Skuadron 323 agar terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen dan sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain agar TUDM sentiasa menjadi sebuah organisasi yang mampan.

Dalam masa yang sama, Pengerusi JTBU, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam turut meluangkan masa untuk bersua dengan semua ahli BAKAT Udara Skuadron 323. Mengutamakan aspek kebajikan ahli dan keluarga, Puan Sri Norainy telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada seorang ahli BAKAT Udara yang telah dijangkiti COVID-19 dan seorang ahli BAKAT Udara yang mempunyai anak yang mengidap penyakit kronik. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberikan komitmen dan tanggungjawab terhadap organisasi BAKAT Udara. Beliau juga mengingatkan sentiasa mengekalkan persahabatan di antara ahli BAKAT Udara dan hubungan seperti sebuah keluarga agar BAKAT Udara dapat menjalankan tugas utama penubuhannya iaitu berteraskan kebajikan.

Turut mengiringi Panglima Tentera Udara di lawatan kerja ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; Mej Jen Dato’ Ir Razip bin A. Samad TUDM; Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM; serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang turut disertai isteri bagi lawatan BAKAT Udara.

Top
%d bloggers like this: