The First Focus, the most important focus of the Army, is in terms of the well-being and welfare of Army personnel. The Army will continue to work closely with the government, especially the ministry of defence, to increase the number of family homes. The focus will be on areas that still lack RKAT and have high rental costs. 7 new housing projects will be completed this year for the benefit of 1,031 Army families.

The Army will also ensure that welfare initiatives for Army personnel and veterans will continue to be implemented. The Other Army Ranks Second Career Pilot Project will also be continued for a second series this year. The Jiwa Murni project to either repair or build new veterans’ homes will continue.

Priority will also continue to be given in improving the spiritual aspects and resilience of the faith, expanding educational access including to family members, improving the aspects of physical and mental health and ensuring recognition and appreciation is given to those who are qualified.

Thus, as a continuation of this first focus, the theme “Army Family Welfare First, National Sovereignty Guaranteed” was chosen as the theme for the 89th Army Day. This theme was chosen because the aspects of well-being and welfare are the main moral factors as well as the spirit for the Army to perform its primary task better, which is to preserve the sovereignty and interests of the country.

The Second Focus is to continue efforts to increase the readiness and capability of the Army. The reassessment must be carried out taking into account the main mission of the Army, which is to defend national sovereignty. Acquisition of assets should be guided by Army4NextG’s long-term development plan.

Procurement of personal equipment and Head to Toe will be increased to 100 per cent for items such as uniforms. The cost required to carryout this at 100 percent is RM 24.6 million. This is to enable each member to be prepared and motivated to carry out operations and training effectively.

The Third Focus is the structuring and organisation of the Army. The Army will continue its efforts to strengthen the Chain of Command as well as balance the strength of assets and human resources between the territories according to the ratio of Two Third and One Third as intended in the Defence White Paper.

At the same time, the Army will also continue to be committed in the preparation of strategic plan documentation at the MAF level, especially the National Military Strategy (SKN 2.0). The preparation of SKN 2.0 will be included in the Army Action Plan for 2022.

The Fourth Focus is in terms of Empowering Command and Prudent Spending. In managing limited resources, each level must focus on aspects of command as well as efficiency, prudent and integrity governance. The plans contained in the Army Anti-Corruption Plan must be fully implemented.

Expenditure of financial allocation must also be implemented based on an effective budget strategy while government asset management is implemented based on instructions, procedures and procedures set.

Based on audit reports issued either at the level of the Ministry of Defence, MAF or by the Army Inspectorate Division, there are still issues related to integrity and governance that need to be addressed jointly. This year, the Army’s target of achieving Zero Negative Comments for organisational management will be achievable.

The Fifth Focus is to increase defence diplomacy to support defence cooperation either at the level of the Ministry of Defence or the MAF. The Army will continue to use all available platforms and mechanisms to forge close ties with stakeholders either in terms of strategic information sharing or through physical activities.

Among the defence relationship strengthening activities planned this year involved 17 Army to Army Talk activities as well as 28 series of Bilateral and Multilateral Exercises with various countries.

In addition, the Army has also planned to build 6 new posts on the border of Brunei and Kalimantan.

The Army will also give a strong commitment to the success of Defence Services Asia (DSA) and National Security Asia (NATSEC Asia) which will be implemented this year.

The Sixth Focus is a commitment to assist the government in Military Operations Other Than War. The Army will continue to be committed to assisting the government and the people in facing and dealing with crisis whether in the form of pandemics or natural disasters. Cooperation with the government and relevant agencies will be further enhanced.


Panglima Tentera Darat telah menetapkan beberapa fokus untuk dilaksanakan pada Tahun 2022.

Fokus Pertama iaitu fokus Tentera Darat yang paling utama adalah dari segi kesejahteraan dan kebajikan warga Tentera Darat. Tentera Darat akan meneruskan kerjasama erat dengan pihak kerajaan khususnya kementerian pertahanan bagi meningkatkan jumlah rumah keluarga.  Tumpuan akan diberikan kepada kawasan-kawasan yang masih kekurangan RKAT dan mempunyai kos sewa rumah yang tinggi. 7 projek perumahan baharu akan disiapkan pada tahun ini untuk manfaat 1,031 keluarga Tentera Darat.

Tentera Darat juga akan memastikan inisiatif-inisiatif kebajikan kepada warga Tentera Darat dan para veteran akan terus dilaksanakan. Projek Perintis Kerjaya Kedua Lain-Lain Pangkat Tentera Darat juga akan diteruskan untuk siri yang kedua pada tahun ini. Projek Jiwa Murni sama ada membaik pulih atau membina baharu rumah-rumah veteran akan diteruskan.

Keutamaan juga akan terus diberikan di dalam meningkatkan aspek kerohanian dan ketahanan akidah, memperluaskan capaian pendidikan termasuklah kepada ahli keluarga, meningkatkan aspek kesihatan fizikal dan mental serta memastikan pengiktirafan dan penghargaan dilaksanakan kepada mereka yang berkelayakan.

Justeru, sebagai kesinambungan kepada fokus pertama ini, tema “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin” telah dipilih sebagai tema Hari Tentera Darat ke-89. Tema ini dipilih kerana aspek kesejahteraan dan kebajikan merupakan faktor utama moral serta semangat untuk Tentera Darat melaksanakan tugas primer dengan lebih baik, iaitu memelihara kedaulatan dan kepentingan negara.

Fokus Kedua adalah meneruskan usaha meningkatkan kesiagaan dan keupayaan Tentera Darat. Penilaian semula perlu dilaksanakan dengan mengambil kira misi utama Tentera Darat iaitu mempertahankan kedaulatan negara. Perolehan aset-aset perlu berpandukan kepada pelan pembangunan jangka masa panjang Army4NextG.

Perolehan peralatan persendirian dan Head to Toe akan ditingkatkan ke tahap 100 peratus bagi item laris seperti pakaian celoreng. Kos yang diperlukan melengkapkan ke tahap 100 peratus adalah RM 24.6 juta. Ini bagi membolehkan setiap anggota bersiap sedia dan bermotivasi untuk melaksanakan operasi dan latihan dengan berkesan.

Fokus Ketiga adalah penstrukturan dan penyusunan organisasi Tentera Darat. Tentera Darat akan meneruskan usaha bagi memperkasakan Chain of Command serta menyeimbangkan kekuatan aset dan sumber manusia di antara wilayah mengikut nisbah Two Third dan One Third sepertimana yang dihasratkan di dalam Kertas Putih Pertahanan.

Di dalam masa yang sama, Tentera Darat juga akan terus komited dalam penyediaan dokumentasi pelan strategik di peringkat ATM khususnya Strategi Ketenteraan Negara (SKN 2.0). Penyediaan SKN 2.0 ini akan dimasukkan ke dalam Pelan Tindakan Tentera Darat bagi tahun 2022.

Fokus Keempat adalah dari segi Pemerkasaan Tadbir Urus dan Perbelanjaan Berhemah. Di dalam menguruskan sumber yang terhad, setiap lapisan pemerintahan perlu menumpukan kepada aspek Governans serta tadbir urus yang cekap, berhemah dan berintegriti. Pelan-pelan yang terkandung di dalam Pelan Anti Rasuah Tentera Darat perlu dilaksanakan sepenuhnya.

Perbelanjaan peruntukan kewangan juga perlu dilaksanakan berpandukan strategi belanjawan yang berkesan manakala pengurusan aset kerajaan dilaksanakan berpandukan arahan, tatacara dan prosedur yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada laporan audit yang dikeluarkan sama ada di peringkat Kementerian Pertahanan, ATM atau oleh Bahagian Inspektorat Tentera Darat, masih wujud isu-isu berkaitan integriti dan tadbir urus yang perlu ditangani secara bersama. Pada tahun ini, sasaran Tentera Darat untuk mencapai Zero Negative Comments bagi pengurusan organisasi akan dapat dicapai.

Fokus Kelima adalah meningkatkan diplomasi pertahanan bagi mendukung kerjasama pertahanan sama ada di peringkat Kementerian Pertahanan atau pun ATM. Tentera Darat akan terus menggunakan segala platform dan mekanisme yang ada bagi menjalin hubungan erat dengan negara-negara berkepentingan sama ada dari segi perkongsian maklumat strategik atau pun melalui aktiviti secara fizikal.

Antara aktiviti pengukuhan hubungan pertahanan yang dirancang pada tahun ini melibatkan 17 aktiviti Army to Army Talk serta 28 siri Eksesais Bilateral dan Multilateral dengan pelbagai negara.

Di samping itu, Tentera Darat juga telah merancang untuk membina 6 pos imbangan baharu di sempadan Brunei dan Kalimantan.

Tentera darat juga akan memberikan komitmen yang padu bagi menjayakan Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Fokus Keenam adalah komitmen membantu kerajaan dalam Military Operations Other Than War. Tentera Darat akan terus komited membantu kerajaan dan rakyat di dalam menghadapi serta menangani krisis sama ada berbentuk pandemik atau pun bencana alam. Kerjasama dengan pihak kerajaan serta agensi yang berkaitan akan terus dipertingkatkan.

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version